Arsenal Punca Spurs Tersingkir Daripada Divisyen Satu

Tidak ramai tahu satu masa dahulu, Arsenal merupakan punca Tottenham Hotspur tersingkir daripada Divisyen Satu. Pada 1913, kelab tersingkir ke Divisyen Dua selepas mengalami masalah kewangan dan memaksa mereka menjual beberapa pemain terbaik mereka.

Advertisement

Tidak lama selepas itu, Perang Dunia Pertama (WWI) tercetus dan selepas ia berakhir, liga disusun semula pada 1918.

Kalau mengikut kedudukan liga ketika itu, Arsenal tidak sepatutnya layak kembali ke Divisyen Satu. Namun selepas sesi undian membabitkan pengerusi kelab-kelab, Gunners kembali semula ke Divisyen Satu dengan musuh setempat Spurs tersingkir ke Divisyen Dua.

Sehingga hari ini, ia masih menjadi sumber rungutan penyokong Spurs termasuk tuduhan rasuah yang mengakibatkan musuh tradisi mereka itu kembali ke divisyen teratas.

#iSportsAsia

 

Comments