Argentina Mudah Mengayam-Ayamkan Perancis Di Final Piala Dunia

Malam tadi telah berlangsung perlawanan akhir Piala Dunia 2022 melibatkan Argentina menentang Perancis.

Jika dilihat atas kertas, Perancis memiliki kelebihan kerana turun sebagai juara bertahan. Malah pertemuan terakhir antara kedua-dua pasukan menyaksikan Perancis menang 4-3 ke atas Argentina.

Advertisement

Tapi kena ingat, rekod head to head menunjukkan Argentina juga miliki kelebihan dengan mencatat 7 kemenangan dalam 12 perlawanan menentang Perancis. Messi the GAOT pasti tidak akan membiarkan peluangnya untuk julang Piala Dunia terkubur begitu sahaja.

Bermula sahaja perlawanan, Argentina lebih banyak mengawal permainan. Perancis pulak beraksi seperti pasukan bola sepak SMK Pasir Gudang 2 dalam liga DUN.

Aksi longlai Perancis telah menyebabkan Argentina berjaya memperolehi gol pertama menerusi sepakan penalti pada minit ke-23.

Sepakan penalti itu diberikan setelah Ousmane Dembele menjatuhkan Angel Di Maria. Lionel Messi yang mengambil sepakan penalti cemerlang menjalankan tanggungjawabnya.

13 minit Argentina datang lagi menerusi satu serangan balas yang membuatkan Angel Di Maria berjaya mendapatkan gol kedua.

Tersentak dengan dua gol Argentina, Perancis terus memasukkan Kolo Muani dan Marcus Thuram bagi menggantikan Ousmane Dembele serta Oliver Giroud.

Keputusan ini penting bagi mengubah corak permainan Perancis agar lebih laju. Tamat separuh masa pertama, Argentina mendahului Perancis dengan keputusan 2-0.

Memasuki separuh masa kedua, Argentina nampak macam makin bernafsu apabila terus mengasak kubu Perancis bertali arus.

Namun asakan mula kendur setelah Angel Di Maria digantikan dengan Marcos Acuna pada minit ke-64. Dekat sinilah Perancis cuba susun permainan mereka dan terus mengasak kubu Argentina.

Perancis terpaksa menunggu sehingga minit ke-80 untuk merapatkan defisit gol setelah Kylian Mbappe mudah menyempurnakan penalti.

Seminit selepas itu apa yang paling ditakuti oleh Argentina telah berlaku. Perancis berjaya menyamakan kedudukan sekali lagi menerusi Mbappe.

Kedua-dua pasukan mula tingkat asakan untuk memburu jaringan kemenangan tetapi hampa. Perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan.

Pada masa tambahan pertama, Argentina kembali di depan setelah Messi berjaya menjaringkan gol menerusi satu gerakan yang menarik.

Macam biasa di masa tambahan kedua, Perancisa bangkit lagi menerusi sepakan penalti Mbappe. Aoa boleh buat, terpaksalah pemenangn ditentukan melalui sepakan penalti.

Akhirnya kemenangan mutlak berpihak kepada Argentina setelah Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni gagal menyempurnakan penalti.

Apa-apapun tahniah kepada kedua-dua pasukan sebab menyajikan satu perlawanan akhir yang sangat menarik dan mendebarkan.

Comments