Argentina Ajar Brazil Cara Menewaskan Croatia Dengan Mudah

Awal pagi tadi telah berlangsung perlawana separuh akhir pertama Piala Dunia 2020 melibatkan Argentina menentang Croatia.

Jika dilihat atas kertas, Argentina miliki kelebihan kerana berada di ranking ketiga terbaik dunia. Tapi kena ingat Croatia pernah menewaskan Argentina dengan jaringan 3-0 dalam saingan Piala Dunia 2018.

Advertisement

Ditambah Croatia adalah finalist bagi edisi tersebut. Baru-baru Croatia berjaya menyingkirkan calon juara itu Brazil diperingkat suku akhir melalui sepakan penalti. Jadi tak mustahil untuk Croatia mengejutkan Argentina.

Bermula perlawanan, kedua-dua pasukan cuba untuk mendapatkan gol dengan Croatia lebih mendominasi perlawanan. Argentina pula menggunakan serangan balas untuk mengancam kubu Croatia.

Hasilnya Argentina memperolehi gol pertama perlawanan setelah Lionel Messi tenang menyempurnakan penalti. Walau bagaimanapun ada sesuatu yang pelik disebalik penalti tersebut.

Ini kerana penjaga gol Croatia iaitu Dominik Livaković diberikan kad kuning atas dakwaan menghadang pergerakan Julian Alvarez. Jika dilihat sekali lagi, tampak seperti Julian Alvarez yang melanggar badan Dominik Livaković. Tapi apa boleh buat, penalti pun dah diberi dan gol pulak tu.

Argentina datang lagi pada minit ke-39 menerusi Julian Alvarez setelah barisan pertahanan Croatia gagal mengeluarkan bola daripada kawasan kotak penalti. Tamat separuh masa pertama, Argentina mendahului Croatia dengan keputusan 2-0.

Memasuki separuh masa kedua, Croatia cuba melipatkan gandakan lagi usaha untuk memburu gol pertama bagu merapatkan defisit tapi gagal. Begitu banyak percubaan mereka digagalkan oleh pertahanan Argentina.

Sebaliknya pula yang berlaku apabila Argentina menambah gol ketiga sekali lagi menerusi Julian Alvarez. Kali ini agak menarik sikit sebab Lionel Messi berjaya mengelecek pertahanan Croatia sebelum membuat hantaran kepada Julian Alvarez.

Selepas itu Argentina memperlahankan rentak permainan lantas memberi ruang kepada Croatia untuk menguasai perlawanan dan penyerang. Tapi semuanya sudah terlambat kerana Argentina mendahulu dengan jaringan yang besar dan masa pun tidak mencukupi.

Akhinya Croatia tewas 3-0 kepada Argentina lantas gagal mengulangi pencapaian pada edisi lepas.

Comments