Arab Saudi Buktikan Negara Asia Mampu Bersaing Di Piala Dunia 2022

LUSAIL CITY, QATAR - NOVEMBER 22: Salem Al-Dawsari of Saudi Arabia celebrates after scoring their team's second goal during the FIFA World Cup Qatar 2022 Group C match between Argentina and Saudi Arabia at Lusail Stadium on November 22, 2022 in Lusail City, Qatar. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Sebelum ini, dua negara Asia iaitu Qatar dan Iran ternyata tidak mampu memberikan saingan kepada lawan masing-masing.

Qatar yang turun sebagai tuan rumah mempamerkan aksi tidak meyakinkan sehingga tewas 2-0 kepada Ecuador.

Advertisement

Iran pula tewas melalui jaringan besar 6-2 dengan England yang diketuai oleh Harry Maguire (baca peti ais).

Namun perlawanan malam ini seakan-akan mengubah stigma bahawa negara Asia hanya pelengkap peringkat kumpulan sahaja.

Arab Saudi turun menentang Argentina yang diketuai oleh kambing tersohor dunia iaitu Lionel Messi.

Bermula sahaja perlawanan, Argentina terus mengasak kubu Arab Saudi bertubi-tubi. Hasilnya Lionel Messi berjaya menjaringkan gol melalui sepakan penalti setelah Saud Abdulhamid melakukan kekasaran terhadap Leandro Paredes.

Selepas itu Argentina berpeluang menambah lagi 3 jaringan tetapi dinafikan oleh offside trap yang direncana oleh barisan pertahanan Arab Saudi. Apa yang bagus tetap pertahanan Arab Saudi ini adalah mereka bermain di garisan tinggi dan sangat berdisiplin memastikan offside trap menjadi.

Jika tak offside, Argentina boleh tersenyum riang masuk ke bilik persalinan sambil membayangkan Piala Dunia menjadi miliki mereka.

Tamat separuh masa pertama, Argentina mendahului Arab Saudi dengan 1 berbalas telur.

Memasuki separuh masa kedua, Arab Saudi meningkatkan asakan sehingga Saleh Al-Shehri berjaya menewaskan bekas penjaga gol Arsenal.

Tidak terhenti disitu sahaja, Salem Al-Dawsari menambah derita kambing dan Argentina melalui ledakan yang sukar untuk ditepis oleh bekas penjaga gol Arsenal.

Keputusan menjadi 2-1 dan Arab Saudi mula bertahan untuk memastikan mereka mencipta sejarah gemilang. Argentina pula terus menerus menekan tetapi masih lagi tidak mampu memburu jaringan kemenangan.

Akhirnya wisel dibunyikan lantas membuatkan Arab Saudi mencipta sejarah menewaskan kambing dan Argentina buat kali pertama. Ini pasti akan menjadi mimpi yang sangat ngeri buat kambing.

Comments