Pelbagai alternatif digunakan oleh pasukan-pasukan untuk memastikan atlet mereka beraksi di tahap yang maksima seperti sains sukan.

Pada era moden ini, kebanyakkan pasukan pasti akan menggunakan sains dan teknologi untuk membantu mereka.

Advertisement

Kata mudahnya sains dan teknologi dalam bidang sukan dikenali sebagai sains sukan.

Kredit: Amazon

Empat kunci utama yang menjadi asas kepada kajian sains ke dalam bidang sukan adalah bidang fisiologi, psikologi, pergerakan anggota dan juga biomekanik.

Setiap aspek ini akan memainkan peranan tersendiri untuk membantu industri sukan.

Menggunakan kesemua aspek ini kajian akan lebih mudah untuk memahami bagaimana sistem badan atlet berfungsi di bawah situasi-situasi tertentu.

Sains sukan ini secara amnya digunakan untuk lebih memahami tentang sistem badan atlet dan bagaimana untuk membantu mereka untuk jadi lebih baik.

Acap kali umum mengaitkan pemakanan atlet itu adalah sains sukan. Walau bagaimanapun konsep sains sukan itu sendiri lebih luas daripada apa yang sering dianggap.

Sains sukan sebenarnya merangkumi aspek penting seperti biomekanik, fisiologi dan juga anatomi.

Aspek-aspek ini akan membantu untuk memahami tindak balas badan atlet seperti sistem otot, sistem saraf, dan juga lain-lain.

Secara asasnya sains sukan adalah ilmu tentang badan manusia dan sukan yang berkaitan.

Sains sukan juga mempunyai kepentingan untuk beberapa faktor lain seperti ekonomi, kerjaya, rekreasi, kesihatan dan juga prestasi sukan itu sendiri.

Bagi sektor ekonomi, sains sukan secara langsung akan membuka banyak peluang pekerjaan selain akan mengurangkan kadar pengangguran dalam Malaysia.

Walaupun sains sukan bukan merupakan perkara yang popular atau diutamakan tetapi ini bukan bermaksud sains sukan harus diketepikan.

Sains sukan sebenarnya bukan terdiri daripada pakar pemakanan dan pakar fisio sahaja tetapi terdapat lebih ramai pakar sepeti pakar analisis prestasi, terapi sukan dah juga pakar pembangunan sukan

Kerajaan Negara Malaysia juga mula melancarkan pelbagai program sains sukan untuk membantu dan memperkenalkan sains sukan kepada rakyat Malaysia.

Sains sukan bukan sahaja akan membantu golongan atlet profesional, malahan membantu rakyat meningkatkan tahap kesihatan.

#iSportsAsia

Oleh: AmTuah

Comments