Minggu lepas dunia bola sepak digemparkan dengan kecederaan ACL yang melanda salah satu pertahanan terbaik dunia dan juga Liga Perdana Inggeris.

Virgil Van Dijk telah dikasari oleh Pickford yang merupakan penjaga gol Everton semasa perlawanan ‘Merseyside Derby’.

Advertisement

Kekasaran yang berlaku telah menyebabkan Van Dijk terpaksa dikeluarkan ketika fasa awal perlawanan.

Kredit: Eurosport

Kecederaan yang dialami oleh Van Dijk adalah kecederaan anterior cruciate ligament atau lebih dikenali sebagai ACL.

Kecederaan ini merupakan kecederaan yang akan cuba dielakkan oleh semua atlet.

Lutut manusia mempunyai empat struktur asas iaitu Femur, Fibula, Tibia dan ligamen. ACL merupakan salah satu daripada ligament yang terletak di antara dua tulang.

Secara tidak langsung fungsi ACL adalah menghubungkan kedua tulang dan menjadi sendi.

Selain itu, kestabilan sendi otot lutut banyak dikawal oleh ACL dengan cara mengelakkan pergerakan yang melampau terjadi pada lutut.

Ironinya peratusan kecederaan ini terjadi lebih tinggi berlaku tanpa sentuhan . Hanya peratusan kecil ACL boleh terjadi jika berlaku kekasaran ketika bersukan.

Antara sebab utama berlakunya ACL adalah mengubah pergerakan kaki secara mendadak seperti mengubah haluan kaki ketika sedang berlari, berhenti dengan mengejut dan memperlahankan larian dengan teknik yang salah.

Tambahan lagi, cara pendaratan yang salah juga merupakan punca terjadinya kecederaan pada ACL.

Apabila berlakunya kecederaan ini, atlet akan merasa sakit di kawasan lutut dan juga lutut akan mulai membengkak.

Selain itu, pergerakan atlet akan menjadi sangat terhad kerana kesakitan terjadi di bahagian sendi lutut.

Kecederaan ACL yang dialami oleh atlet akan ditentukan oleh pakar mengikut gred-gred tertentu.

Gred 1 selalunya hanya kecederaan ringan yang disebabkan regangan melampau pada ligamen tetapi tidak menyebabkan ligamen terkoyak.

Peringkat ini memakan masa 3-4 minggu untuk proses penyembuhan. Gred 2 biasanya terjadi apabila ligamen menjadi terkoyak tetapi bukan koyak sepenuhnya.

Punca kepada gred 2 ini adalah juga ligamen yang merenggang melebihi kadar maksima.

Bagi gred 3, biasanya ligamen akan sepenuhnya terkoyak dan secara tidak lansung akan menyebabkan sendi di bahagian lutut akan hilang kestabilan.

Pelbagai kecederaan yang berpotensi menyebabkan karier seseorang atlet ini berakhir.

Walaubagaimanapun, dengan teknologi perubatan sedia ada, kecederaan ini mampu dipulihkan lebih cepat dengan pembedahan dan rawatan fisio.

#iSportsAsia

Oleh: AmTuah

Sumber

Mayo Clinic. (2019, Mac 30). ACL injury. Dipetik daripada https://www.mayoclinic.org/…/symptoms-causes/syc-20350738

Comments