Kecederaan ketika bersukan adalah perkara paling utama untuk dielakkan oleh setiap atlet.
Semua atlet akan senantiasa berhati-hati ketika melakukan aktiviti kerana jika berlaku kecederaan sudah pasti akan menjejaskan prestasi atlet.
Namun, kadang-kadang kecederaan itu tanpa dijangka boleh berlaku walaupun dengan melakukan teknik yang betul.
Terdapat beberapa jenis kecederaan yang boleh berlaku, antaranya adalah kekejangan otot, koyakan otot dan sebagainya. Setiap jenis kecederaan ini adalah disebabkan oleh pelbagai punca.
Kekejangan boleh berlaku apabila otot tiba tiba meregang tanpa kawalan secara tiba tiba. Kekejangan otot akan menyebabkan rasa sakit yang amat tinggi dan menganggu pergerakan atlet secara mendadak.
Punca kepada berlakunya kekejangan otot apabila kandungan asid laktik dan bahan toksik dalam kuantiti yang tinggi pada sesuatu bahagian.
Secara tidak langsung, kandungan oksigen dalam otot tersebut akan berkurang.
Terdapat tiga jenis kekejangan otot yang selalu berlaku kepada atlet. Kebiasaannya kekejangan otot berlaku selepas melakukan aktiviti fizikal ataupun senaman.
Hal ini akan berlaku apabila badan terlampau penat. Apabila badan terlampau penat, kehausan otot akan berlaku kerana melakukan aktiviti lebih dari tahap kemampuan diri.
Selain itu, teknik ketika melakukan regangan sebelum dan selepas aktiviti juga menjadi punca berlakunya kecederaan otot selepas melakukan aktiviti.
Apabila kejangan otot berlaku apabila nutrien penting seperti elektrolit hilang kerana peluh yang berlebihan.
Kehilangan mineral dan air ketika melakukan senaman juga punca berlakunya kekejangan otot.
Apabila kekejangan otot berlaku, atlet perlu berhenti daripada melakukan aktiviti dan terus berehat di kawasan yang mempunyai pengaliran udara yang baik.
Atlet juga perlu mengambil air dengan kuantiti yang mencukupi. Minuman berkafien perlu dielakkan kerana minuman ini boleh merangsang badan untuk melakukan urinasi sekaligus membuang air yang diperlukan.
Rasa sakit pada bahagian otot juga boleh dikurangkan dengan meletakkan ais bagi membantu proses pengecutan otot.
Selain itu, urutan ringan pada bahagian otot yang sakit akan membantu mengurangkan kekejangan dan atlet juga boleh melakukan regangan secara perlahan sehingga simptom berkurangan.
Setiap kecederaan akan menjejaskan prestasti atlet walaupun telah sembuh. Nutrien yang cukup, teknik yang tepat dan juga rehat yang effisien akan membantu atlet terus cergas.
Oleh: AmTuah
Sumber
Hajahfarhana Tarmudi. (2015, September 28). Otot kurang oksigen. Dipetik daripada https://www.hmetro.com.my/node/80586