Baru-baru kita telah melihat pasukan bawahan Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Arsenal berjaya mencatatkan kemenangan bergaya ke atas kelab elit Chelsea dengan tiga jaringan berbalas satu dalam perlawanan Boxing Day.

Hal ini sekaligus menamatkan kemarau empat perlawanan tanpa menang bagi Arsenal.

Advertisement

arsenal

Walau bagaimanapun, pasti ramai tertanya apa itu Boxing Day dalam EPL dan mungkin ianya ada kaitan dengan sukan tinju. Kalau nak tahu, ayuh soroti artikel ini.

Boxing Day boleh dijejaki seawal era 1880-an apabila Ratu Victoria menaiki takhta dan ianya langsung tidak memiliki sebarang kaitan dengan sukan tinju.

Tahukah anda, terma Boxing Day dikatakan berasal daripada sikap para elitis Inggeris pada ketika itu yang gemar memberikan hadiah kepada rakyat marhaen.

Secara tradisinya, Boxing Day merupakan cuti bagi pekerja bawahan dan hari dimana mereka menerima hadiah khas krismas daripada majikan.

boxing day card

Malahan, para perkerja bawahan juga akan pulang ke rumah keluarga mereka pada hari Boxing Day untuk memberikan hadiah.

Buat pengetahuan anda semua, Boxing Day juga mempunyai kaitan dengan beberapa perayaan keagamaan dari seluruh Eropah seperti sambutan Hari Saint Stephen di Ireland dan wilayah Catalonia di Sepanyol.

Di beberapa negara Eropah seperti Hungary, Jerman, Poland, dan Belanda pula Boxing Day dianggap sebagai hari raya kedua untuk krismas.

Kebiasaannya tarikh 26 Disember iaitu sehari selepas sambutan krismas dianggap sebagai Boxing Day dan ianya juga adalah cuti umum bagi bank di seluruh United Kingdom.

Persoalannya apa kaitan antara Boxing Day dan EPL pada hari ini kerana kita ketahui ianya merupakan sebuah hari cuti.

Suatu ketika dahulu, aktiviti bola sepak tetap dijalankan walaupun dalam sambutan krismas. Hal ini demikian kerana ianya merupakan hari cuti dan acara tradisi bagi golongan pekerja.

Namun semuanya berubah apabila tahun 1965 menyaksikan kali terakhir aktiviti bola sepak dilangsungkan dalam sambutan krismas.

Selepas itu, Boxing Day dipilih sebagai hari pengganti untuk perlawanan bola sepak kerana krismas sudah menjadi sambutan yang mengumpulkan keluarga dalam satu kawasan.

Boxing Day juga merupakan sebuah ingatan kepada para pemain bola sepak agar tidak melebih-lebih ketika meraikan sambutan krismas.

Mereka juga perlu menjaga stamina dan pemakanan bagi memastikan mereka kekal bertenaga untuk beraksi bersama kelab pada hari Boxing Day.

Cuba bayangkan jika Boxing Day ini diaplikasikan dalam saingan Liga Malaysia?

Mungkin kita bakal melihat bertembungan terhangat Liga Super iaitu JDT vs Kedah dilangsungkan pada malam hari raya kedua dengan penonton berpakaian baju melayu.

Dari situ kita boleh melihat pasukan manakah yang betul-betul menjaga pemain mereka. Jika kedua-dua lemah gemalai, maka memang benarlah mereka menketedarah lemang dan rendang tanpa rasa bersalah.

#iSportsAsia

Sumber

Bitesize. (2020). Why football at Christmas is a very British tradition. BBC. Dipetik daripada https://www.bbc.co.uk/bitesize/articles/z4y847h

Newsround. (2020, Disember 26). Why is it called Boxing Day? BBC. Dipetik daripada https://www.bbc.co.uk/newsround/46454700

Comments