Semua sedia maklum berikutan situasi pandemik Covid-19, temasya Sukan Olimpik yang sepatutnya diadakan di Tokyo, Jepun pada tahun ini ditangguhkan ke tahun hadapan.

Dengan situasi Covid-19 dijangka akan terus membelenggu dunia sehinggalah vaksin dihasilkan, mengharapkan stadium penuh dengan ribuan peminat dianggap satu impian yang mustahil untuk digapai.

Advertisement

Dengan kes di kebanyakan negara masih lagi bertambah dan belum terkawal sepenuhnya, jawatankuasa penganjuran Sukan Olimpik belum memutuskan sama ada membenarkan peminat datang ke stadium atau had bilangan peminat yang dibenarkan.

Kredit: Remaja

Bila ditanya hal ini kepada Gabenor Tokyo iaitu Yuriko Koike, beliau berharap semua tempat acara dapat dipenuhi penyokong seperti mana sebelum pra-pandemik Covid-19.

Semasa berucap di Kelab Koresponden Asing Jepun, beliau menambah, “Senario terbaik ialah semua atlet dari seluruh dunia dapat tiba dengan selamat dan tenang dengan temasya Olimpik diharap dapat dianjurkan dengan bilangan penonton yang ramai seperti sebelum pra-pandemik.” Sukan Olimpik Tokyo dijangka akan diadakan dari 23 Julai hingga 8 Ogos ini.

Walaupun Jepun terselamat daripada berdepan pertambahan mendadak kes Covid-19 seperti dialami beberapa negara Asia, bilangan kes harian di Tokyo kini melepasi 500 kes.

Jawatankuasa penganjuran Olimpik berusaha memastikan acara sukan dapat dijalankan dengan selamat di sebalik trend pertambahan kes.

Tambah Koike lagi, “Selepas Tokyo, Paris bakal menganjurkan Sukan Olimpik 2024 dan Los Angeles pula pada 2028.

Kami akan menghasilkan model baru yang bermanfaat untuk dunia pasca-Covid-19 dan saya berharap dapat menyerahkannya kepada dua bandaraya tersebut.”

Kebanyakan kes yang menyumbang kepada pertambahan kes ialah membabitkan warga emas termasuk kes di mana orang keluar makan dan membawa virus pulang ke kediaman yang dihuni saudara-mara mereka yang berstatus warga emas.

Dengan pertambahan kes ini juga, kempen pelancongan Go To yang digerakkan kerajaan sebelum ini juga akan ditangguhkan bagi melandaikan jangkitan.

#iSportsAsia

Oleh: Moustapha Abbas

Sumber

Reuters. (2020). Tokyo still wants a full house at Olympic events. The Straits Times. Dipetik daripada https://www.straitstimes.com/…/tokyo-still-wants-a-full…

Comments