Di Malaysia, kita seringkali kedengaran bahawa ketua jurulatih dan pengurus adalah orang yang berbeza.

Sebagai contoh pada musim lepas, Benjamin Mora dilantik sebagai ketua jurulatih dan Luciano Figueroa sebagai pengurus pasukan.

Advertisement
Kredit: The Star

Manakala sebahagian pasukan di Liga Perdana Inggeris meletakkan orang yang sama dalam kedua-dua posisi jawatan tersebut. Persoalannya apa beza ketua jurulatih dan pengurus dalam bola sepak?

Ketua jurulatih berperanan untuk melatih pasukan dan segala tekanan akan diletakkan atas bahunya untuk memimpin pasukan ke peringkat tertinggi.

Ketua jurulatih juga bertanggungjawab memilih kesebelasan utama dan regim latihan yang sesuai dengan pasukan.

Kelemahan ketua jurulatih adalah mereka boleh mengubah regim latihan dan memprotes jika pasukan gagal mencatatkan kemenangan.

Kadangkala regim latihan sesetengah jurulatih kurang digemari oleh sebahagian pemain hingga berlaku pemecatan.

Hal ini anda semua boleh lihat melalui pasukan Chelsea yang sangat berpengaruh untuk memecat ketua jurulatih.

Situasi sama juga pernah berlaku di Liga Malaysia apabila diberitakan beberapa orang pemain tidak selesa dengan regim latihan yang keras daripada jurulatih veteran.

Pengurus pula miliki kuasa penuh terhadap staf kejurulatihan, kontrak pemain dan peruntukan membeli pemain baru jika tiada campur tangan daripada pemilik kelab.

Sir Alex Ferguson adalah salah satu pengurus yang baik di mana beliau diberikan kuasa penuh untuk memilih pemain dan barisan kejurulatihannya sendiri.

Kredit: Telegraph

Rausyanfikir Ferguson paling agung adalah dengan pembelian Cristiano Ronaldo daripada Sporting CP lantas membentuk serangan tiga serangkai bersama Wayne Rooney dan Carlos Tevez.

Namun ada juga keputusan kurang memberangsangkan yang dibuat oleh beliau seperti penjualan pemain dua jantung iaitu Park Ji Sung ke pasukan lain.

Seorang pengurus juga bukannya hanya terlibat dalam padang sahaja bahkan ianya lebih daripada itu.

Tahukah anda, terkadang apa yang dilakukan oleh pemain di malam hari dan diet harian pemain juga akan dipantau oleh pengurus pasukan.

Jadi bagaimana pula jika pengurus dan ketua jurulatih adalah orang yang sama seperti diamalkan sebahagian pasukan EPL?

Sebagai ketua jurulatih dan pengurus, mereka dapat memilih pemain ketika jendela perpindahan dibuka, menyediakan regim latihan berkala untuk pemain dan merencana strategi di atas padang.

Jadi mungkin kaedah ini boleh digunakan oleh pasukan-pasukan Liga Malaysia.

Secara tidak langsung ianya akan menjimatkan wang dan mengelakkan daripada mereka yang tidak memahami bola sepak menjadi pengurus pasukan.

Persoalannya, bilakah pasukan daripada Liga Malaysia akan mencuba kaedah ini?

#iSportAsia

Oleh: Azmil Azali

Sumber

Coles, R. (2015, Febuari 4). Head coach vs. manager – an unnecessary trend?. The Offside Rule. Dipetik daripada https://offsiderulepodcast.com/…/head-coach-vs-manager…

Srivats Venkateswaran. (2016, Febuari 1). Manager vs head coach: Who is the real boss? Essentially Sports. Dipetik daripada https://www.essentiallysports.com/manager-vs-head-coach…/

Comments