Seorang jurulatih pasukan Liga Super India terpaksa membayar harga mahal akibat keceluparan mulutnya beberapa hari lepas.

Jurulatih Odisha, Stuart Baxter dipecat selepas mendakwa pemainnya perlu merogol atau dirogol bagi mendapatkan penalti.

Advertisement

Kenyataan tersebut selepas perlawanan Odisha-Jamshedpur yang berkesudahan kekalahan 1-0 kepada kelab yang dibimbing jurulatih Inggeris itu.

Baxter membuat kenyataan sedemikian selepas tidak berpuas hati dengan kualiti pengadilan dalam perlawanan Odisha-Jamshedpur.

Beliau merasakan banyak keputusan pengadil tidak memihak kepada mereka termasuk kegagalan mendapat penalti.

Situasi itu mendorongnya mengeluarkan kenyataan yang dilihat tidak sensitif dengan sentimen masyarakat India.

Tidak lama selepas kenyataan itu dikeluarkan, ramai pihak mengecam kenyataan tersebut.

Kelab kemudiannya dalam satu kenyataan memohon maaf atas kenyataan dibuat Baxter dan sedang menilai bentuk tindakan yang bakal diambil.

Beberapa jam kemudian, bekas pengendali Finland dan Australia itu dipecat daripada jawatannya sebagai jurulatih Odisha dan seorang jurulatih sementara akan memangku jawatan tersebut.

Bila ditanya tentang sebab pemecatan, pemilik kelab menegaskan ia disebabkan oleh kenyataannya itu dan bukan prestasi buruk yang dihadapi Odisha ketika ini.

Kelab berada di kedudukan tercorot liga selepas memenangi satu perlawanan daripada 14 perlawanan.

Baxter menghabiskan karier permainannya di England bersama kelab-kelab seperti Preston, Morecambe dan Stockport.

Selepas menggantung but, beliau berkhidmat sebagai jurulatih beberapa pasukan termasuk Afrika Selatan, England Bawah 19 Tahun dan Australia.

Baxter diambil sebagai jurulatih Odisha sebagai pengganti pengendali kelab tersebut sebelum ini, Josep Gombau pada Jun tahun lepas.

#iSportsAsia

Oleh: Moustapha Abbas

Sumber

Griffee, W. (2021). Indian Super League side Odisha sack manager Stuart Baxter after Englishman went on bizarre rant and claimed his players must ‘rape or be raped to get a penalty’. Daily Mail.

Comments