Sebentar tadi telah berlangsung perlawanan antara anak jati Kedah menentang JDT di Stadium Darul Aman.
Perlawanan dijangka akan hangat kerana awal-awal lagi Kedah telah memberi amaran untuk menamatkan rekod tanpa kalah JDT pada musim ini.
Pada awal perlawanan tampak apa yang Kedah harapkan seseolah menjadi kenyataan. Bermula daripada larian solo Ngah Wanja, Kedah berjaya mendapatkan gol pendahuluan melalui serangan balas.
Macam biasa, JDT terus meningkatan intensiti perlawanan sehingga Bergson dapat menyamakan kedudukan hasil hantaran lolos daripada Afiq Fazail.
Menuju penghujung perlawanan, satu tragedi telah berlaku kerana Bergson telah diberikan kad merah serta-merta oleh pengadil. Tindakan Bergson menumbuk Rodney dengan sengaja ternyata mengundang padah.
Masuh separuh masa kedua, JDT seperti biasa terus menyerang dan menyerang. Manakala Kedah pula hanya mengharapkan serangan balas pantas sahaja berbekal kelajuan dan kelebihan fizikal Ngah Wanja.
Tapi lain pula yang jadi apabila JDT berjaya mendahului menerusi gol penalti oleh Leandro Velazquez. Semua berpunca daripada kesilapan pertahanan Kedah yang gagal mengeluarkan bola sehingga dirampas oleh Syafiq Ahmad. Boleh pulak dia pergi jatuhkan Syafiq Ahmad, memang penalti lah makannya.
JDT tidak terhenti di situ saja dan berjaya menjaringkan gol melalui rembatan Afiq Fazail. Macam biasa, pertahanan Kedah buat silap sekali lagi dengan menghantar bola terlalu perlahan.
Arif Aiman yang nampak situasi itu terus sahaja merebut bola tersebut sebelum dihantar kepada Afiq Fazail.
Selepas sahaja kedudukan menjadi 1-3, Kedah terus tingkatkan asakan untuk memburu keputusan seri. Tapi sayangnya tidak menjadi kerana barisan pertahanan JDT beraksi dengan cemerlang.
Tamat perlawanan anak jati Kedah dimalukan oleh JDT dengan keputusan 3-1 biarpun berkelebihan seorang pemain.
Sebenarnya apa yang Kedah lalui ni bukanlah pertama kali berlaku. Dalam saingan Piala AFC, Kedah juga menghadapi perkara yang sama.
Ketika menentang PSM Makassar, pasukan itu telah mengutip dua kad merah lantas terpaksa beraksi dengan 9 orang pemain.
Kelebihan dua orang pemain gagal dimanfaatkan oleh Kedah setelah tewas 2-1 kepada PSM Makassar.
Senang cerita, Kedah sudah buat kelakar seperti malam tadi. Apa-apapun tahniah kerana anak jati Kedah kerana berjaya jaringkan gol.