All Comers KL Kejohanam Paling Teruk?

Kejohanan Olahraga KL Comers yang dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (POWPKL) sudab bermula hari ini dan akan berlangsung sehingga esok.

Tapi dah macam-macam ketidakpuasan hati didengari selepas hari pertama. Selain aduan kelewatan dan pengurusan masa yang dikatakan elok lagi di peringkat MSSD, dikatakan ada ketidakadilan berlaku.

Advertisement
Luahan hati jurulatih Victor Suan (Tuaran Athletics). Klik gambar untuk ke pautan asal

Isu yang menyebabkan beberapa pihak tidak puas hati adalah, setiap peserta acara larian perlu melalui peringkat saringan dan separuh akhir. Dan 8 terpantas akan layak ke akhir.

Pada acara 100m lelaki terbuka, 8 peserta terpantas berdasarkan keputusan saringan dah diperoleh. Tapi pada peringkat akhir, laluan diberi kepada pelari negara Khairul Hafiz Jantan dan Muhammad Zulfiqar Ismail menyebabkan 2 pelari lain terpaksa beri laluan.

iSA difahamkan oleh Jurulatih Victor Suan yang hadir bersama atlit Tuaran Athletics, mereka sertai kejohanan ini untuk melayakkan diri masuk pasukan SUKMA Sabah. Segala perbelanjaan termasuk tiket kapal terbang, penginapan dan makan minum adalah menggunakan duit poket sendiri.

“Mungkin bukan laju sangat pun atlit kami, tapi bagilah peluang sama rata, tak kisahlah siapapun (atlit negara ataupun bukan). Bukan ada wild card”, katanya lagi.

Acara 100m lelaki terbuka ini, walaupun dari segi masa dimenangi oleh Khairul Hafiz Jantan, ia tidak dikira. Ia dimenangi oleh atlit berusia 16 tahun dari Tambunan Sabah, Dexter Bedie yang turut ditemani bapanya.

Difahamkan isu sebegini turut berlaku di beberapa acara lagi untuk kedua-dua kategori lelaki dan wanita. Juga ada kes ‘false start’ yang dibuat ni oleh atlit kebangsaan tapi penyertaannya tidak dibatalkan.

Kalau tengok pada komen-komen di status Facebook Coach Victor, ini bukanlah pertama kali terjadi.

Jadi, di mana fairplay?

Kami akan dapatkan komen dari pihak penganjur.

Comments