Hari kedua kejohanan Pahang Ocean Paddle International Challenge 2022 (POPIC 2022) yang berlangsung di Pantai Lagenda, Pekan tidak menunjukkan banyak perubahan berbanding hari pertama.
Seperti biasa Dawwid Mocke terus mendominasi Men Open International Single Ocean Race. Bagi kategori Women Open International Single Ocean Race, McKenzie terlalu unggul buat peserta lain.
Namun apa yang mengejutkan adalah peserta daripada Malaysia iaitu Aimi Ayuni Azwan mencipta kejutan sekali lagi.
Dalam POPIC 2022 hari pertama yang berlangsung di Pantai Hiburan Rompin, Aimi Ayumi Azwan telah mendapat tempat ketiga dengan catatan masa 1 jam 19 minit dan hanya berbeza beberapa saat sahaja dengan peserta kedua dari Thailand.
Apabila ditanya kepada Aimi Ayumi Azwan rahsia mendapat tempat ketiga bagi kategori antarabangsa, beliau menjawab minum banyak air adalah kunci. Ini kerana beliau sendiri tidak pernah menjangka akan naik podium.
Masuk hari kedua, Aimi Ayumi Azwan ulang kembali pencapaian tersebut lantas timbulkan kekaguman kepada semua. Sebenarnya Aimi Ayumi Azwan hampir sahaja mendapat tempat kedua tetapi kesilapan kecil pada saat akhir sangat merugi.
Pada awalnya Aimi Ayumi Azwan dapat bersaing dengan peserta daripada Thailand kerana dua-duanya berada pada jarak yang sangat rapat.
Di tambah lagi, keadaan laut pada pagi tadi agak tenang juga membantu hingga memudahkan dirinya mengendalikan kayak untuk dapat tempat ketiga. Namun saat-saat akhir mengubah segalanya kerana Aimi Ayumi Azwan terjatuh ketika mahu turun dari kayak.
Bagi Aimi Ayumi Azwan, kesilapan itu membuatkan beliau hanya mampu berpuas hati dengan tempat ketiga sahaja. Jika insiden pada minit akhir tadi tidak terjadi, berkemungkinan besar beliau boleh mendapatkan kedudukan yang lebih baik. Walau bagaimanapun Aimi Ayumi Azwan optimis untuk untuk mendapat podium lebih baik dalam baki 3 perlumbaan yang akan datang.
Apa-apapun tahniah kepada Aimi Ayumi Azwan kerana berjaya mendapat tempat ketiga untuk dua kali berturut. Semoga dalam baki tiga perlumbaan akan datang, Aimi Ayumi Azwan mampu memberikan yang terbaik dan mengharumkan nama negara sekali lagi.