Aiman Zariff: Pelumba Terbaik Malaysia Di LTdL 2022

Ketika mata kita semua tertumpu kepada Hariff Salleh, nampak gayanya Aiman Zariff yang berjaya menepati ramalan di kejohanan LTdL 2022. Bermula daripada kejayaan menjadi raja bukit pada perlumbaan peringkat ke-2, beliau terus mempertahankan gelaran itu sampai peringkat 7.

Sekarang tugas Aiman Zariff adalah perlu mengekalkan jersi merah dalam perlumbaan peringkat 8 bagi memastikan beliau ditabal sebagai raja bukit LTdL 2022 secara keseluruhan.

Advertisement

Bagi Aiman Zariff sendiri, beliau boleh menarik nafas lega kerana dua pencabar terdekat iaitu Jambaljamts Sainbayar (TSG) Ivan Ramiro Suso (Team Movistar) tidak terlalu fokus kepada jersi merah. Jambaljamts Sainbayar mahu mempertahankan jersi putih manakala Ivan Ramiro Suso mahu bergelar juara keseluruhan.

Jadi beliau hanya perlu berhati-hati dengan Hugh Carthy (EF Education – Easypost) dan Carter Bettles (Ara Pro Racing Sunshine Coast) kerana jurang mata antara mereka tidak terlalu jauh. Jika Aiman Zariff berjaya konsisten dan mengatasi mereka berdua, maka beliau akan terus bergelar raja bukit LTdL 2022.

Bukan itu sahaja, Aiman Zariff juga akan mempertahankan jersi merah yang dimenanginya pada edisi LTdL 2020. Apa yang paling menarik ketika itu adalah Aiman Zariff berjaya menjadi raja bukit hanya pada umur 23 tahun sahaja. Hal ini sekaligus membuatkan Aiman Zariff mampu mengulang kembali rekod Anuar Manan dan Adiq Hussaini Othman yang pernah bergelar raja pecut serta pelumba terbaik Asia pada umur 23 tahun.

Malah Aiman Zariff juga merupakan pelumba Malaysia pertama yang berjaya bergelar raja bukit. Sejak penganjuran kali pertama pada tahun 1996, pelumba Malaysia sukar untuk mencabar jersi merah. Namun sejak kehadiran Aiman Zariff dalam LTdL, semua itu direalisasikan dan beliau hampir mempertahankan jersi merah buat kali kedua.

Selain itu, pencapaian terbaik beliau adalah seperti mendapat tempat kedua dalam dua peringkat perlumbaan di Tour of Iran 2022 dan tempat ketiga peringkat kedua Tour of Indonesia 2018.

Semoga dalam peringkat terakhir LTdL kali ini, Aiman Zariff dapat membuat sehabis baik bagi memastika jersi merah tidak terlepas di tangan orang lain. Jika berjaya mempertahankannya, Aiman Zariff mencipta sejarah menjadi raja bukit LTdL buat dua kali berturut-turut.

Comments