Sebelum ini, Aiman Zariff hanya mampu berpuas hati menduduki tempat kedua bagi kategori raja bukit di belakang Jambaljamts Sainbayar. Tapi hari ini Aiman Zariff berjaya memintas Jambaljamts Sainbayar untuk ditabalkan sebagai raja bukit.
Pencapaian ini sungguh bermakna buat Aiman Zariff lantas terus bersemangat untuk mendakap terus jersi merah LTdL 2022 setelah kelapan-lapan peringkat perlumbaan tamat.
Pada esok pula, perlumbaan pasti akan lebih mencabar kerana melibatkan laluan Putrajaya-Genting Highlands sejauh 133 km. Apa yang paling menarik adalah kesemua pelumba akan menghadapi laluan mendaki untuk menuju ke Genting Highlands.
Apabila ditanya kepada Aiman Zariff mengenai pelumbaan ketiga pada hari esok, beliau mengatakan akan buat breakwind dulu untuk ambil dua poin terawal bagi memastikan kedudukannya selesa.
Bukan itu sahaja, kita nampak persaingan antara Aiman Zariff dan rakan sepasukannya iaitu Jambaljamts Sainbayar agak sengit untuk merebut jersi merah. Namun menurut Aiman Zariff, Jambaljamts Sainbayar lebih fokus mendapatkan jersi putih sebagai pelumba terbaik Asia di akhir LTdL 2022 nanti.
Jadi Aiman Zariff berpeluang untuk menjadi raja bukit LTdL 2022 tetapi semuanya bergantung kepada perlumbaan esok.
Keputusan-keputusan lain pula menunjukkan Juan Sebastian Molano dari UAE Team Emirates berjaya menjadi juara baru untuk peringkat kedua. Walau bagaimana jersi kuning dan jersi hijau masih lagi disandang oleh Gleb Syritsa. Biarpun Jambaljamts Sainbayar gagal mempertahankan jersi merah tetapi beliau masih mempertahankan jersi putih sebagai pelumba terbaik Asia dan berada di tempat ketiga bagi peringkat kedua.
Hanya Reinardt Janse Van Rensburg yang merupakan juara edisi lalu yang masih lagi cemerlang menempatkan diri mereka dalam top 10 bagi perlumbaan peringkat kedua.
Dari aspek pasukan Uno-X Pro Cycling Team merampas kedudukan pertama daripada Movistar Team. Manakala MULA berjaya atasi Thailand Continental Cycling Team sebagai pasukan Asia terbaik bagi perlumbaan peringkat kedua. Tapi Thailand Continental masih pegang rekod pasukan Asia terbaik secara keseluruhan.
Apa-apapun tahniah kepada semua peserta kerana berjaya tamatkan perlumbaan dengan begitu baik. Bagi Aiman Zariff pula, diharapkan beliau dapat mempertahankan jersi merah pada perlumbaan peringkat ketiga dan seterusnya.
Persoalannya adakah Gleb Syritsa terus menjadi juara ataupun dominasi beliau bakal ditamatkan?