Lewat pagi tadi telah berlangsung perlawanan Piala Dunia 2022 melibatkan kumpulan H antara Portugal menentang Ghana.
Jika dilihat atas kertas, Portugal memiliki begitu banyak kelebihan kerana pertemuan sebelum ini pada tahun 2014 memihak kepada Portugal.
Ditambah lagi Ghana merupakan negara yang memiliki ranking paling rendah dalam Piala Dunia 2022. Setakat Ghana ni tak kan lah Abang Do dan rakan-rakan tak mampu nak makan.
Bermula sahaja perlawanan, Portugal terus mengasak ke kubu Ghana. Abang Do miliki dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol tetapi semuanya gagal disudahkan. Mungkin juga kerana faktor sehingga tidak dapat beraksi seperti dulu.
Peluang ketiga pulak dah gol tapi tak disahkan sebab katanya Abang Do ada mengasari pemain Ghana
Akhirnya Abang Do berjaya juga menjaringkan gol melalui sepakan penalti setelah dia dijatuhkan oleh Mohammed Salisu.
Tapi timbul persoalan bahawa Abang Do terlalu mudah jatuh. Sedangkan bola itu dalam perebutan 50-50. Nak buat macam mana, pengadil pun dah bagi penalti. Layankan je lah. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Masuk separuh masa kedua, Portugal seperti biasa terus menyerang. Malangnya pada minit ke-37, Portugal dikejutkan dengan jaringan penyamaan oleh Andrew Ayew.
Tersentak dengan jaringan mengejut itu, Portugal mula meningkat intensiti permainan. Hasilnya gol kedua dapat dicipta melalui Joao Felix. Portugal datang lagi dengan gol ketiga melalui pemain gantian iaitu Rafael Leao.
Ketika perlawanan berbaki lagi 1 minit dalam permainan sebenar, Ghana buat kejutan dengan jaringan kedua oleh Osman Bukari.
Portugal bernasib baik kerana Ghana tidak mempunyai masa yang cukup untuk mencari gol kemenangan. Ketangkasan Diogo Costa juga membantu Portugal untuk tidak dibolosi dalam minit-minit tambahan.