8 Permainan Tradisional Yang Telah Dilupakan

Kepada mereka yang lahir sekitar era 90-an kebawah pasti akan terkenang beberapa jenis permainan semasa kecil dahulu.

Permainan seumpama itu dikatakan telah dilupakan pada bila memasuki era digital.

Advertisement

Mungkin ianya berpunca daripada lambakan permainan video yang lebih muda daripada permainan tradisional itu.

Jadi, apakah permainan tradisional yang telah dilupakan itu?

1. Baling Selipar

Permainan baling selipar adalah nostalgia kepada kita semua terutama kepada mereka yang sering menjadi mangsa kepada balingan selipar Jepun berapi.

Jadi bagaimanakah permainan ini berfungsi? Ianya merupakan permaian fizikan yang memerlukan dua kumpulan terdiri daripada lima orang atau lebih.

Sebelum permainan ini dimulakan, selipar akan disusun dalam bentuk piramid.

Ketua kedua-dua kumpulan akan menentukan kumpulan mana yang akan menyerang dan bertahan melalui air batu burung.

2. Batu Seremban

Kebiasaannya batu seremban dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau berkumpulan.

Permainan ini memerlukan beberapa 5 biji anak batu kerikil, guli kaca, biji getah, penutup botol besi dan lain-lain untuk dijadikan instrumen.

Permainan ini sering dimainkan ketika waktu lapang terutama di serambi rumah dan di mana-mana sahaja yang miliki permukaan rata.

Hari ini, permainan batu seremban berevolusi menggunakan kain kecil berbentuk segi tiga yang diisi pasir sebagai instrument.

Sayangnya, ianya semakin tidak dimainkan dan mungkin hanya wujud di festival tradisional.

3. Cari Cucu

Permainan cari cucu ataupun nenek kebayan dimainkan seramai empat orang lebih.

Sebelum memulakan permainan, setiap peserta perlu melakukan pemilihan melalui lat tali lat tali tamplom dan air batu burung bagi menentukan nenek kebayan.

Setelah itu, pemain yang jadi nenek kebayan dikehendak menutup mata dan mulakan misi mencari cucu.

Cucu yang telah dipilih akan ditekan namanya oleh nenek kebayan. Jika ianya betul, cucu itu akan menggantikan peranan nenek kebayan sehingga semua pemain tertangkap.

4. Guli

Guli biasanya dimainkan secara lontaran dengan peraturan mesti tepat pada sasarannya.

Guli akan dikumpulkan dengan banyak di dalam sebuah bulatan. Setiap lontaran yang dibuat haruslah mengenai sasaran dan jika tidak, anda dikira mati.

Pemain kedua akan mengambil alih untuk membuat lontaran dan begitulah untuk yang seterusnya.

Denda akan dikenakan kepada pemain yang mengutip jumlah mata terendah.

5. Ketinting Kapal Terbang

Permainan ketinting kapal terbang atau lebih dikenali sebagai teng-teng kebiasaanya dimainkan di atas permukaan rata seperti simen dan tar.

Ianya dimainkan dengan cara mengimbangi badan menggunakan satu badan lalu melompat dari petak ke petak sehingga selesai.

Gelanggangnya pula biasanya dilukis menggunakan kapur jika bermain di atas simen atau tar. Jika bermain di atas tanah, ianya akan digores menggunakan ranting kayu.

6. Tarik Upih

Tarik upih dimainkan oleh dua orang kanak-kanak dengan mengunakan pelepah tua yang boleh didapati daripada pokok pinang.

Cara permainan senang sahaja, seorang kanak-kanak duduk di atas pelepah tua manakala lagi seorang akan menariknya.

Mainlah sepuasnya dan sila lakukan pertukaran jika tidak mahu bergaduh. Awas, pastikan tukang tarik sama berat dengan tukang duduk di atas pelepah.

Dikhuatiri tidak akan bergerak nanti walaupun ditarik sedaya upaya.

7. Laga Kemuncup

Permainan ini hanya memerlukan dua orang kanak-kanak miliki kemuncup lantas melagakannya melalui geselan.

Kemuncup yang putus ataupun luruh dianggap telah tewas dan lawannya adalah pemenang. Kebiasaannya, pemainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki di padang yang miliki banyak kemuncup

8. Sorok-Sorok

Sorok-sorok atau dikenali sebagai aci sorok menuntut sebilangan pemainnya bersembunyi di had beberapa kawasan tertentu.

Ianya akan dicari oleh seorang yang telah dipilih dan orang pertama yang dijumpai akan menggantikannya.

Siapa yang berjaya bersembunyi dengan lama akan dikira sebagai pemenang. Awas, jangan cuba berani bermain sorok-sorok ketika waktu maghrib.

Dikhuatiri anda semua akan disorok oleh hantu t*t*k dan mungkin ambil masa yang lama untuk dijumpai.

Comments