Muzik dan bola sepak adalah satu padanan yang begitu janggal jika ianya cuba digandingkan.

Walau bagaimanapun, jangan terkejut kerana muzik juga digunakan untuk menghasilkan lagu bertemakan sukan yang malar segar.

Advertisement

Antara lagu tersebut adalah Selamannya Harimau Malaysia nyanyian Joe Flizzow, Carleed & Altimet serta Standing In The Eyes Of The World nyanyian Ella.

Berikut adalah 7 lagu kugiran tempatan yang boleh dikaitkan dengan situasi bola sepak negara.

 

1. Desire – Otak Ular

Seelok kata

Sifat ular

Membelit mangsa

Lagu Otak Ular nyanyian kumpulan Desire yang dipetik daripada album Tolak Campur Kali Bahagi sesuai dengan situasi pengambilan pemain import.

Suatu ketika dahulu pernah menjadi isu bahawasanya pasukan di Liga Malaysia mengambil pemain import melalui klip video yang ditonton di Youtube.

Malahan ada juga ejen-ejen yang menawarkan pemain import kurang berkualiti kepada pasukan dan ejen itu mendapat untung.

Hal ini telah memberi masalah kepada pasukan untuk bertahan dalam liga apabila pemain import tidak memberikan impak seperti yang diharapkan.

Jadi pasukan terpaksa menukar pemain import pada pertengahan musim lantas bikin kantung kewangan terus bocor.

 

Kredit: Harian Metro

2. Search – Menara Kesesatan

Kita di dorong dorong

Dari isu ke isu

Jerumus dan kecewa

Kemudian diselamatkan

Lagu Menara Kesesatan nyanyian kumpulan Search yang dipetik daripada album Fenomena sesuai dengan situasi harapan palsu bola sepak negara.

Bayangkan di Liga Super sahaja, hampir setiap pasukan menjanjikan bulan dan bintang kepada penyokong tetapi pada akhirnya tetap rebah.

Pelbagai isu juga terpalit tetapi pihak lain yang dipersalahkan sama seperti terjadi baru-baru ini.

Sebagai contoh, masalah gaji yang tidak dibayar oleh satu pasukan ini menjadi polemik sehingga ianya menyalahkan pasukan lain.

Penyokong juga turut sehati sejiwa menyokong pasukan tersebut. Akhirnya, isu pemasalahan gaji itu adalah perkara benar dan penyokong terasa seolah-olah sedang dipermainkan.

 

3. ACAB – Skinhead Selamanya

Menanti hari keramat

Menentang pemerintah bangsat

Tiada yang dapat membunuh semangat

Membara di jiwa rakyat

Lagu Skinhead Selamanya nyanyian kumpulan ACAB yang dipetik daripada album Skinhead 4 Life begitu sesuai dengan situasi bola sepak Terengganu.

Baru-baru telah timbul isu berkenaan seorang individu yang dikatakan miliki akses penuh menandatangani pemain dan memilih kesebelasan utama pasukan.

Hal tersebut membuatkan ketua jurulatih kehilangan fungsi dan kesebelasan yang digunakan bukan berdasarkan taktikal pasukan.

Individu itu juga dikatakan memiliki banyak jawatan dalam bola sepak bahkan tiada jiwa ke arah sukan.

Penyokong Terengganu bangkit menentang kehadiran individu tersebut dalam pasukan bagi memastikan pasukan terus berdaya saing.

Penyokong juga meminta individu tersebut meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada orang lain yang miliki jiwa bola sepak untuk menerajui pasukan.

 

Kredit: Oh Bulan

4. OAG – Sentuhan

Bagaikan pantai sepi

Merindukan sentuhan ombak

Begitulah kasih ku pada mu sayang

Aku rindu sentuhan cinta mu

Lagu Sentuhan nyanyian kumpulan OAG ini sangat bersesuai dengan situasi segelintir penyokong JDT yang masih terbuai dengan nostalgia.

Pada ketika awal tahun 2017, ramai penyokong JDT yang mempersoalkan pemecatan Mario Gomez dan pemergian Jorge Pereyra Diaz.

Malahan ada yang beranggapan, era keemasan JDT telah berakhir dengan perubahan corak permainan.

Walau bagaimanapun, hal itu lantas ditepis oleh Benjamin Mora yang berjaya membawa JDT berada di tangga teratas pusingan pertama Liga Super sebelum diambil alih Ulisses Morais.

Hari ini JDT sudah menjulang trofi Liga Super buat 7 kali berturut-turut dan berjaya memberi saingan dalam ACL.

Jadi, Mario Gomez dan Jorge Pereyra Diaz adalah secebis kenangan terindah yang hanya untuk diingati dan bukan diratapi.

 

5. Spider – Laukku Cukup Masin

Laukku dah cukup-cukup masin

Laukku cukup masin

Tak perlu engkau tambah garam

Lagu Laukku Cukup Masin nyanyian kumpulan Spider yang dipetik daripada album Aladin sangat sesuai dengan situasi skuad kebangsaan semasa dilatih oleh K.Rajagobal. Anda semua pasti inga frasa “saya kenal pemain saya”.

Ketika itulah, ianya menjadi polemik apabila K.Rajagobal bertindak menyenaraikan pemain kesukaannya sambil mengetepikan terus pemain-pemain Kelantan yang sedang mendominasi Liga Malaysia.

Bayangkan pemain tengah Kelantan iaitu Badhri Radzi tidak dipanggil menyertai kem skuad kebangsaan dan Malaysia masih menaruh harapan kepada Safiq Rahim yang sedang dalam kejatuhan prestasi.

Paling jelas sekali ada ketika saingan Piala AFF Suzuki 2012 apabila K.Rajagobal tetap menurunkan Amar Rohidan yang beraksi dibawah par sambil mengetepikan Shakir Shaari.

 

6. Floor 88 – Hutang

Pabila pecah tembelang

Lari lintang pukang

Kau tak mampu bayar sekupang-pang

Lagu Hutang nyanyian kumpulan Floor 88 sesuai dengan beberapa pasukan bola sepak Malaysia yang tidak mampu membayar tunggakan gaji.

Sebagai contoh baru-baru ini timbul isu beberapa pasukan telah beberapa bulan tidak membayar gaji pemain.

Malahan ada juga pasukan yang terus muflis apabila gaji tidak dapat dibayar.

Hal ini dapat dilihat melalui pasukan Perlis yang terus hilang dari radar Liga Malaysia. Jadi, kalau nak beli pemain itu biarlah sepadan dengan pendapatan pasukan.

 

7. Teman Lelaki – Dengan Nama Tuhan

Dengan Nama Tuhan

Akan ku mulakan langkah baru

Untuk menghalalkan cerita

Kita yang berlalu

Lagu Dengan Nama Tuhan nyanyian kumpulan Teman Lelaki begitu sesuai dengan pembaharuan yang sedang melanda pasukan Kelantan.

Sebelum ini, Kelantan hampir sahaja karam dan hilang dari Liga Malaysia sebelum diselamatkan oleh Zamsaham.

Perkara pertama yang telah dibuat oleh Zamsaham adalam menyelesaikan hutang-hutang lapuk miliki pengurusan terdahulu.

Hari ini, Zamsaham dengan penuh iltizam ingin kembali menjadikan Kelantan sebagai salah satu pasukan elit sama ketika era treble dahulu.

#iSportsAsia

Comments