Setiap pemain bola sepak terutamanya yang bermain diposisi penyerang pasti inginkan gol begitu banyak bagi membuktikan dirinya sangat berharga buat kelab.
Tidak kiralah anda penyerang daripada jenis klasik ataupun moden mesti mahu hasilkan banyaj gol. Namun begitu, siapakah pemain bola sepak yang paling banyak menjaringkan gol?
Mungkin ianya milik Pele ataupun Cristiano Ronaldo, nak tahu? Berikut adalah 6 pemain bola sepak yang paling banyak menjaringkan gol di dunia.
1. Josef Bican

Josef Bican merupakan pemain bola sepak yang paling banyak menghasilkan gol dalam dunia dengan jumlah jaringan sebanyak 805 gol.
Walau bagaimanapun, ramai peminat bola sepak kurang mengenali gerangan yang diberi nama Josef Bican.
Josef Bican dalam pemain bola sepak terulung di Austria pada era 1930-an. Malahan Bican juga salah satu pemain yang mengiringi skuad kebangsaan Austria mara ke separuh akhir Piala Dunia edisi 1934.
Bican terus bermain bola sepak sehingga tahun 1955 dan bersara ketika umur mencecah 42 tahun.
Tahukah and, ada pendapat menyatakan dia telah menjaringkan 5000 gol dan ianya tidak pernah dinafikan oleh Bican.
Mungkin 5000 gol itu temasuk dengan beberapa perlawanan tidak rasmi menentang kelab-kelab kerdil.
2. Cristiano Ronaldo
Pada mulanya Ronaldo hanya bermula sebagai pemain sayap ketika beraksi bersama Sporting CP.
Semuanya berubah apabila Manchester United membelinya lantas menjadikan Ronaldo sebagai mesin pencetak gol.
Bermula sejak itu, Ronaldo semakin menunjukkan taringnya apabila perpindahannya ke Real Madrid mencetuskan sensasi kerana telah memecahkan rekod pembelian pemain bola sepak termahal dunia.
Bersama Real Madrid, Ronaldo mencatatkan pelbagai kejayaan dan salah satunya adalah memenangi UEFA Champion League (UCL) tiga musim berturut.
Kehebatan itu diteruskan oleh Ronaldo ketika berpindah ke Juventus apabila berjaya membantu pasukan itu menjulang Serie A.
Buat setakat ini Ronaldo telah mengumpul 774 gol dan di umur 30-an, dia masih lagi sama seperti dulu.
Malahan, Ronaldo sedikit pun tidak tunjukkan penurunan prestasi walaupun usia sudah mencapai pengakhiran karier bagi pemain bola sepak profesional.
3. Romario
Romario telah menjaringkan 772 gol dalam 994 perlawanan sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.
Malahan Romario juga adalah penyerang Brazil paling klinikal depan gawang sehingga dianggap oleh Johann Cruyff sebagai genius ketika berada dalam kotak penalti.
Salah seorang lagenda Brazil iaitu Ronaldo juga mengambil ilham daripada Romario untuk menjadi penyerang terhebat.
4. Pele
Sepanjang karier bergelar pemain bola sepak profesional, Pele berjaya mencetak 767 jaringan dalam 831 perlawanan sehingga diberikan gelaran The King.
Nisbah jaringan Pele untuk setiap perlawanan adalah 0.92 gol bermakna Pele berupaya menjaringkan gol untuk hampir setiap perlawanan.
Malahan terdapat juga beberapa dakwaan Pele telah menjaringkan 1000 gol dalam kariernya. Semua itu ditepis apabila 1000 gol itu termasuk dengan beberapa perlawanan persahabatan dan tidak rasmi.
Pele juga dianggap sebagai pemain terhebat dunia dan penyerang paling profilik yang pernah dilahirkan dunia oleh legenda Jerman iaitu Franz Beckenbauer.
5. Ferenc Puskas
Peminat bola sepak di Malaysia pasti pernah mendengar perkataan Puskas yang dikaitkan dengan Anugerah Puskas dimenangi oleh Faiz Subri.
Tahukah anda, Anugerah Puskas mendapat nama daripada seorang legenda Hungary dan Real Madrid iaitu Ferenc Puskas.
Ferenc Puskas adalah penyerang prolifik yang menjaringkan 746 gol dalam 754 perlawanan.
Puskas juga adalah nadi penting buat skuad kebangsaan Hungary dan pernah membantu Real Madrid mendakap Piala Eropah 1960.
Selain Hungary, Puskas juga pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Sepanyol sebanyak empat perlawanan. Tiga perlawanan tersebut adalah ketika Sepanyol beraksi di Piala Dunia 1962.
6. Lionel Messi
Lionel Messi ataupun ramai suka gelarkannya sebagai kambing (goat) adalah pemain paling ajaib yang pernah dilahirkan di dunia.
Buat setakat ini Messi berjaya merekodkan jaringan sebanyak 742 gol dalam 946 perlawanan.
Walau bagaimanapun, sumbangan Messi untuk skuad kebangsaan Argentina agak kurang signifikan apabila gagal membantu pasukan itu menjadi juara dalam tiga final.
Walaupun Messi sudah memasuki usia 30-an, tidak nampak ura-ura untuk dia terus mengkagumkan dunia.
Legenda penjaga gol Italy iaitu Gigi Buffon perna menggelarkan Messi sebagai makhluk asing lantara aksinya yang sangat menakjubkan.
Sumber
Doyle, M. (2020, Disember 24). Ronaldo, Messi, Romario – who are the top goalscorers in football history?. Goal. Dipetik daripada https://www.goal.com/…/cristi…/ynctx2o9fa371vi1x0dsgr0np