6 Jenis Klasifikasi Dalam Sukan Para Badminton

6 klasifikasi ini termasuklah untuk 2 kelas dengan penggunaan kerusi roda dan 4 kelas berdiri. Inilah dia perbezaan ketara antara para badminton dan badminton.

Valeska Knoblauch di Para badminton World Championships , Basel (kredit Badminton Photo)

Sukan para badminton dipertandingkan buat pertama kali pada temasya Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun yang lepas. Namun begitu, acara ini sudah dipertandingkan di peringkat antarabangsa sejak tahun 1990-an lagi.

Pada temasya Paralimpik Tokyo 2020 yang lepas, seramai 90 atlit bertanding (46 lelaki dan 44 wanita) dalam 14 acara.

Advertisement

Mulai tahun 2011, sukan para badminton dunia ini ditadbir sepenuhnya oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Di Malaysia, acara para badminton ini adalah di bawah seliaan Majlis Sukan Negara, dan bukannya ditadbir oleh Persatuan Badminton Malaysia. Walaupun demikian, disebabkan potensi dan kerana ia adalah acara yang sudah dipertandingkan di peringkat Paralimpik, BAM telah mengambil tanggungjawab untuk sama merangka satu blueprint dalam mencari bakat baru bagi mewakili negara untuk temasya Paralimpik 2024 di Paris nanti.

Dari segi peraturan permainan, tiada beza dengan acara badminton biasa, masih main 21 mata cumanya ia diklasifikasi kepada 6 kelas untuk kesamarataan dalam dalam kedua-dua acara lelaki dan perempuan.

2 kelas melibatkan penggunaan kerusi roda dan 4 lagi kelas berdiri.

1. Wheelchair 1 (WH 1)

Valeska Knoblauch di Para badminton World Championships , Basel (kredit Badminton Photo)

Atlet di kelas ini memerlukan kerusi roda untuk bermain bulu tangkis. Biasanya, mereka memiliki gangguan di kedua kaki dan tubuh mereka.

2. Wheelchair 2 (WH 2)

Atlit para kategori WH3 dari Hong Kong, Chan Ho Yuen (Kredit: Paralimpik)

Klasifikasi untuk atlet badminton yang memiliki cacat pada satu atau kedua kaki dan minima atau tidak sama sekali mengalami kerosakan tubuh.

3. Standing Lower (SL3)

Pedro Pablo dari Peru dalam acara SL3 (Kredit- Lima 2019)

Dalam klasifikasi ini, seorang atlet harus bermain berdiri. Pemain dapat mengalami gangguan pada salah satu atau kedua kaki dan memiliki keseimbangan berjalan/berlari yang buruk.

4. Standing Lower (SL4)

Suhas Yathiraj dari India, pemenang pingat perak Paralimpik 2020 dalam kategori perseorangan SL4 (Kredit – Getty Images)

Dalam klasifikasi SL4 ini, pemain mempunyai gangguan yang lebih rendah dari SL3. Pemain bisa mengalami gangguan pada satu atau kedua kaki dan gangguan minima pada keseimbangan berjalan/berlari.

5. Standing Upper (SU5)

Penyumbang pingat emas buat Malaysia dalam kategori SL5, Cheah Liek Hou

Pemain dalam klasifikasi ini mengalami gangguan pada lengan karena ketegangan otot atau tidak terkoordinasi gerakan atau gerakan tak sadar akibat kelumpuhan satu sisi tubuh atau kelumpuhan yang mempengaruhi bahagian tubuh yang simetris, misalnya lengan, wajah, kaki atau kelumpuhan terbatas pada satu anggota tubuh atau seluruh tubuh.

Pemenang pingat emas pertama dalam acara ini, Cheah Liek Hou adalah dalam kategori ini.

6. Short Stature (SH6)

Didin Taresoh atau Cikgu Didin sedang beraksi mewakili Malaysia (Kredit Foto: Bernama)

Klasifikasi bagi pemain yang memiliki tubuh pendek.

Jadi, inilah dia perbezaan ketara antara para badminton dan badminton biasa, iaitu klasifikasi.

Comments