Sukan Asia atau dikenali juga sebagai Asiad adalah sebuah temasya peringkat benua yang diadakan setiap empat tahun sekali.
Temasya sukan tersebut dianjurkan oleh Persekutuan Sukan Asia (AGF) dari edisi pertama di New Delhi, India hingga ke edisi tahun 1978.
Sejak edisi tahun 1982, ianya telah diambilalih oleh Majlis Olimpik Asia selepas perpecahan Persekutuan Sukan Asia. Berikut adalah beberapa permainan pelik yang pernah dipertandingkan di Sukan Asia.
1. Sambo

Sambo adalah seni mempertahankan diri yang berasal daripada era Soviet dan dikembangkan oleh Red Army beberapa tahun sebelum Revolusi Bolshevik pada 1917.
Nama permainan ini diambil daripada singkatan perkataan Rusia yang berbunyi “pertahanan diri tanpa senjata” dan mata akan diberikan untuk lontaran.
2. Bridge
Ianya merupakan sebuah permainan kad. Bagi kebanyakan orang, permainan ini sangat rumit dan tidak miliki daya penarik. Brigde yang memaparkan sandwic timun dan hujan petang di desa membuat debutnya di Sukan Asia.

Jutawan tembakau iaitu Michael Bambang Hartono yang berumur 78 tahun merupakan atlet tertua Indonesia bagi permainan ini.
Namun bagi peringkat Asia Tenggara, penghormatan tersebut diberikan kepada pemain Malayisa yang berumur 81 tahun iaitu Lee Hung Fong.
3. Kurash
Kurash merupakan gusti kuno yang berasal daripada Uzbekistan dan telah wujud selama ribuan tahun. Pada asalnya kurash merupakan teknik latihan untuk tentera penakluk Amir Timur abad ke 14, dimana kekuasaannya melangkaui dari Parsi ke Asia Tengah.
Permainan ini kelihatan sama sahaja seperti Sumo tetapi kurash lebih memusatkan perhatian kepada kekuatan dan stamina.
Cara permainannya adalah ahli gusti akan menggunakan tuala untuk menahan lawannya. Kemenangan akan dikira apabila pihak lawan berjaya dijatuhkan dengan lemparan.
4. Paragliding
Kepada mereka yang gemarkan cabaran, permainan paragliding adalah jawapan paling tepat. Permainan ini akan membuat penampilan buat julung kalinya dalam Sukan Asia.
Walau bagaimanapun, kehadiran sukan ini mula dipersoalkan apabila berlaku kematian seorang atlet Hong Kong yang berumur 44 tahun.
Paraglider Hong Kong yang lain iaitu Cheung Yuk-Wah juga menarik diri daripada temasya tersebut setelah gagal mendarat di tempat sepatutnya.
5. Dragon Boating
Permainan ini dikatakan telah wujud sejak lebih 2000 tahun yang lalu dan dikatakan bermula di selatan China tengah. Permainan ini berakar umbi daripada perlumbaan perahu naga bagi tujuan upacara keagamaan.
China dan Indonesia telah memenangi tiga pingat emas sejak permainan itu membuat debutnya di Sukan Asia 2010 dan mereka adalah pasukan yang sukar untuk ditewaskan.
Sumber
The Straits Times. (2018, Ogos 17). Ten unusual Asian Games sports, including Kurash, bridge and sambo. Dipetik daripada https://www.straitstimes.com/sport/ten-unusual-asian-games-sports-including-kurash-bridge-and-sambo