Sekejap lagi, kita bakal menyaksikan perlawanan di antara Johor Darul Ta’zim menentang Sabah di Iskandar Puteri.

Sabah dalam misi wajib menang untuk melayakkan diri beraksi di Piala AFC pada tahun hadapan. Mahu tak mahu, mereka harus tewaskan JDT.

Advertisement

Berikut adalah 5 fakta menarik  tentang pasukan bola sepak Sabah.

1. Skuad Emas 1996

Tahukah anda, Sabah pernah mengalami zaman emasnya pada tahun 1996 dengan kehadiran pemain berkaliber seperti Micheal Vana dan Matlan Marjan.

Pada ketika itu, Sabah sangat dikenali dengan penyokong yang begitu fanatik.

Sorakan keramat di stadium bikin pasukan lain begitu gerun serta longlai di lanyak oleh Sabah.

Tahun itu juga menyaksikan Sabah berjaya menjuarai Liga Malaysia dengan mengutip 58 mata dengan mencatatkan 17 kemenangan, 7 seri dan 4 kekalahan.

Sabah juga berjaya masuk ke final Piala Malaysia menentang Selangor dengan perlawanan yang berat sebelah.

Sabah harus berterima kasih kepada Khairul Azman kerana dia berjaya menangkis setiap serangan pasukan Selangor.

Namun, Sabah tewas juga akhirnya melalui sepakan penalti. Selepas itu, Sabah masih terus ingin bangkit tetapi tidak segah seperti sebelum ini.

2. Beraksi Di Peringkat Asia

Pasukan bola sepak Sabah juga pernah beraksi di peringakat Asia melalui Asia Cup Winners Cup pada tahun 1995.

Ketika itu Sabah berjaya melayakan diri ke pusingkan 16 terbaik setelah menewaskan pasukan daripada Vietnam iaitu An Giang dengan agregat jaringan 3-1.

Namun, Sabah tidak berjaya ke peringkat seterusnya apabila tewas kepada pasukan Jepun iaitu Bellmare Hiratsuka dengan agregat jaringan 7-1.

3. Rozaimi Rahman

Sabah mengejutkan dunia bola sepak Malaysia apabila berjaya melahirkan penyerang masa hadapan skuad negara iaitu Rozaimi Rahman.

Aksinya begitu cemerlang sekali dengan skuad remaja negara sehingga tersenarai di antara 10 pemain terbaik Asia 2012.

Walau bagaimanapun, beliau gagal untuk menembus masuk ke skuad senior negara.

Malahan ketika pertama kali diturunkan, beliau telah diletakkan di posisi bek kiri sebagai pemain gentian.

Selepas itu, beliau terus menyepi sebelum diambil beraksi untuk pasukan JDT II.

4. Matlan Marjan

Nama Matlan Marjan begitu ikonik buat bola sepak Sabah dan tiada sesiapa boleh lupa dua jaringannya ketika Malaysia tewas 4-2 menentang skuad England B.

Beliau juga berjaya membantu Sabah melayakkan diri ke peringkat akhir Piala FA 1996 dan memenanginya dengan jaringan 3-1 menentang pasukan Selangor.

Matlan Marjan juga turut menyumbang satu jaringan buat pasukan Sabah selain Scott Ollerenshaw dan Milomir Sislija.

5. Kumpulan Penyokong Yang Ramai

Tahukah anda, Sabah miliki begitu banyak sekali kumpulan penyokong.

Apa diketahui adalah Sabah juga miliki ultras mereka sendiri iaitu North Borneo.

Ultras ini digagaskan pada 5/4/2011 bagi menyemarakan lagi sokong padu sepanjang 90 minit masa permainan kepada pasukan Sabah.

Antara kumpulan penyokong lain adalah seperti Football Fans of Sabah, Kelab Penyokong Sabah Rhino, Sabah Football Fans Club, SabahRhinos. com since 1997, Tawau City Hoodlum (TCH), The Rhinos Troops dan Sabah Diehard.

Jadi kepada semua penyokong Sabah semua, adakah anda sudah sedia menyaksikan perlawanan pasukan kesayangan anda menentang JDT?

Apa ramalan anda semua, mungkin JDT akan ditewaskan oleh Sabah?

Comments