Bermula semalam , kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi mengekang Covid-19.
Perlaksanaan PKPB bikin penduduk tidak dibenarkan merentas daerah dan bagi mereka yang bekerja hendaklah dapatkan surat kebenaran daripada majikan.
Bagi sesetengah pekerja yang laksanakan work from home, pasti akan bosan ketika berada di rumah.
Berikut adalah 5 jenis permainan yang boleh anda cuba dalam tempoh PKPB.
1. Boxing
Boxing adalah permainan yang bagus untuk anda mengisi kebosanan sambil mengeratkan hubungan sesama keluarga.
Permainan ini juga memberikan kesan positif kerana mengajar anda berdisiplin dan membantu membentuk kembali seni mempertahankan diri.
Untuk apa anda miliki gim di rumah dengan kos tinggi jika boxing sudah mampu memberikan segalanya.
2. Monopoly

Jika anda rindu dengan keadaan sebelum PKPB dimana ekonomi rancak seperti biasa, anda boleh mencuba permainan monopoly.
Mungkin ianya tidak banyak pergerakan fizikal tetapi permainan itu akan memberikan kepuasan maksima.
Tahukah anda, permainan ini bisa bikin anda terus bermain selama berjam-jam tanpa henti.
Anda juga boleh mengaplikasikan ilmu kewangan untuk menjadi kapitalis dalam permainan ini.
3. Yoga

Yoga merupakan sebuah permainan ataupun boleh dikatakan sebagai meditasi yang sangat sesuai untuk dilakukan di rumah.
Tidak tahu macam mana gerak tari yoga, usah risau kerana anda boleh mempelajari melalui platform youtube.
Anda juga boleh belajar dengan guru melalui panggilan video ataupun menggunakan aplikasi zoom ataupun google meet.
Tahukah anda, yoga memberikan kesan baik seperti membantu kecerdasan aerobik, fleksibiliti dan miliki manfaat besar dalam kesihatan mental.
Yoga juga adalah permainan yang sangat sesuai dengan ruangan kecil.
4. Bola Sepak Gunakan Bola Tenis
Bola Sepak adalah salah satu sukan yang diharamkan untuk diamalkan ketika PKPB kerana melibatkan banyak sentuhan fizikal.
Jadi kepada peminat tegar bola sepak, anda pasti menggigil kerana kaki sudah lama tidak menyepak sesuatu.
Jangan risau, anda boleh bermain bola sepak dirumah tetapi menggunakan bola tenis dan secara penalti.
Anda hanya perlukan beberapa batang kayu untuk dijadikan tiang gol dan bola tenis.
Maka anda boleh bermain bola sepak dengan begitu bahagiannya bersama keluarga anda.
5. Menyelam Di Bilik Air
Bagi mereka yang miliki tab mandi, anda boleh gunakannya sebagai tempat untuk menyelam seperti mana di laut.
Ianya sememangnya kelihatan terhad dan agak sedikit lucu. Namun begitu, dengan hanya sedikit garam dan penyedut minuman, anda akan merasai seseolah berada di Maldives.
Jika tidak milik tab mandi anda mungkin boleh tutup kesemua lubang di bilik air lantas membiarkan air naik sedikit demi sedikit.
Awas, sebelum itu sila bersihkan bilik air anda dahulu. Barulah anda selesa untuk menyelam dan menikmati pengalaman yang menyeronokan.
Oleh: Azmil Azali
Sumber
Spence, B. (2020, Mac 31). 10 indoor sports to try in lockdown. Life. Dipetik daripada https://life.spectator.co.uk/…/10-indoor-sports-to-try…/