Polo merupakan sebuah sukan yang dimainkan oleh empat orang penunggang kedua daripada dua pasukan.

Sukan ini juga merupakan sukan berkuda tertua di dunia yang masih lagi bertahan sehingga sekarang. Walau bagaimanapun, sukan polo telah menjadi sebuah permainan bagi golongan elitis.

Advertisement

Hal ini demikian kerana memiliki dan mempelajari teknik sukan tersebut memerlukan kos yang sangat tinggi.

Terdapat beberapa perkara yang mesti anda tahu mengenai sukan ini walaupun anda tidak mampu seumur hidup menceburinya. Berikut adalah 5 fakta menarik tentang sukan polo.

 

1. Sukan Berkuda Tertua

polo purba

Sukan polo boleh dijejaki sejak 2500 tahun yang lalu apabila dimainkan buat pertama kali di Parsi.

Pada awalnya, sukan ini dicipta oleh suku-suku nomad di Asia Tengah dengan menjadikannya sebagai pertandingan seramai 100 orang dalam satu gelanggang.

Ketika itu ianya tidak berfungsi sebagai sukan untuk tontonan masyarakat tetapi lebih kepada latihan skuad kuda perang. Hari ini sukan tersebut masih lagi mengekalkan ciri-ciri tradisionalnya dengan sedikit perubahan sahaja.

 

2. Seluar Putih

Pemakaian seluar putih dikatakan bermula pada abad kesembilan belas di India. Pada ketika itu pasukan polo diraja India terpaksa bermain dalam keadaan panas dan berbahang.

Jadi seluar berwarna putih menjadi pilihan untuk kain yang lebih ringan dan warna sangat terang.

 

3. Bangkai Kambing

polo gunakan bangkai kambing

Pada permulaan sukan ini dicipta, orang-orang Nomad di Parsi memainkan polo dengan menggunakan bangkai kambing. Bagaimana pula mereka memainkan sukan tersebut?

Penunggang kuda bertindak memukul bangkai kambing dengan sebatang kayu sama seperti polo moden pada hari ini.

Lama-kelamaan ianya ditukar kepada sebijik bola bagi menyesuaikannya dengan keadaan semasa.

 

4. Hanya Dibenarkan Guna Tangan Kanan

Buat pengetahuan anda semua, sukan ini hanya boleh dimainkan dengan menggunakan tangan kanan sahaja.

Hal ini demikian kerana permainan ini memiliki konsep yang sama dengan keadaan kita memandu di lebuhraya.

Bermakna pemain tidak akan dapat melintasi kawasan pihak lawan untuk mengambil bola. Jika pemain menggunakan tangan kiri untuk mengambil bola maka dengan itu, pelanggaran akan berlaku.

 

5. Variasi Sukan Polo

polo gajah

Ramai di kalangan kita yang hanya mengenali sukan ini berasaskan kuda sahaja tetapi kurang mengetahui tentang permainan sama berasaskan haiwan lain.

Antaranya adalah sukan polo berasaskan haiwan seperti keldai, unta dan gajah. Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa jenis sukan polo yang berasaskan kenderaan ringan seperti basikal dan Segway.

Mungkin di masa hadapan kita bakal melihat sukan ini dimainkan menggunakan motorsikal seperti RXZ dan 125zr.

#iSportsAsia

Comments