Johor Darul Ta’zim telah melengkapkan hari gemilangnya semalam apabila berjaya menjulang trofi Liga Super buat tujuh kali berturut.

Ianya juga turut dibantu dengan kemenangan bergaya 4-1 ke atas pasukan Sabah. Adakah semua ini penamat kepada saingan Liga Super pada tahun-tahun mendatang? Sampai bila kita akan biarkan hanya satu pasukan sahaja yang mendominasi?

Berikut adalah 5 perkara menarik tentang Johor Darul Ta’zim yang perlu ada tahu.

 

1. Juara Tanpa Kalah

Tahukah anda, JDT pernah memenangi Liga Super tanpa sebarang kekalahan pada tahun 2016.

Hal ini sama dengan Arsenal yang pernah membuat perkara sama tetapi selepas it uterus ketandusan EPL hingga ke hari ini.

Kejayaan JDT pada masa itu banyak dibantu oleh pemain-pemain berkaliber terutamanya gandingan serangan Argentina iaitu Juan Martin Lucero dan Jorge Pereyra Diaz.

 

2. Himpunan Bintang Import

JDT juga amat terkenal dengan pengambilan pemain import bintang pada awal penubuhannya.

Daniel Guiza dari Getafe CF dan Simone Del Nero dari SS Lazio adalah bintang pertama yang dibawa masuk ke kelab selatan tanah air itu.

Lebih memeranjatkan lagi JDT berjaya menandatangani Pablo Aimar dari Benfica bagi beraksi di selatan tanah air pada tahun 2014.

Namun, jodoh Aimar dan JDT hanya satu bersinggahan serta bukan pengabadian yang rela.
Selepas itu, JDT berjaya membawa masuk Patito Rodriguez tetapi hanya bermain seketika apabila terpaksa kembali ke negara asal kerana cedera.

 

3. 50 Langkah Kehadapan

Slogan 50 langkah kehadapan seringkali dijadikan sebagai kayu pengukur di antara JDT dan kelab Liga Super yang lain.

Walaupun slogan itu kedengaran agak bongkak tetapi kita tidak boleh menafikan pencapaian JDT dalam menaiktaraf fasiliti.

JDT satu-satu pasukan yang miliki fasiliti paling lengkap di Malaysia merangkumi stadium sendiri, tempat latihan terbuka/tertutup dan bermacam lagi.

Jadi tidak boleh dinafikan, JDT sememangnya sangat kehadapan dalam aspek ini.

 

4. Boys of Straits

Boys of Straits (BOS) adalah sekelompok penyokong fanatik Johor yang bernaung dibawah label ultras.

BOS juga boleh dikatakan sebagai khalayak penyokong paling meriah sekali di Malaysia.
Bayangkan pada awal penubuhan JDT, BOS berjaya mengajak penyokong Johor memberikan sokongan tanpa belah bahagi sehinggalah kepada wisel penamat.

Jika JDT beraksi di fina Piala FA ataupun Piala Malaysia pasti kemeriahannya semakin terasa.

Hal ini ditambah lagi jika JDT menentang Pahang pasti sorakan BOS akan berlawanan dengan Elephant Army.

 

5. Ramadhan Saifullah

Sebelum ini kita pasti akan mendengar JDT hanya tahu membeli ubi pasukan lain sahaja.
Namun ianya tidak untuk kali ini apabila ubi JDT iaitu Ramadhan Saifullah berjaya menampilkan aksi yang konsisten dalam Liga Super.

Ketika pertama kali Ramadhan diturunkan, dia berjaya menjaringkan gol menentang Pahang.

Setakat hari ini dia telah mengumpul empat gol dalam empat perlawanan. Ternyata ubi JDT juga sangat berkualiti dan tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh orang lain.

Boleh baca tentang teknik pemasaran JDT di sini

1Comments