Ramai orang di dunia ini sememangnya berlumba-lumba untuk mencipta rekod, tidak kisahlah mengkagumkan ataupun pelik.

Baru-baru ini juga telah tercipta rekod sebuah pasukan yang telah turun mendadak dari tangga teratas liga ke tangga keempat liga.

Advertisement

Namun begitu ada beberapa rekod bola sepak yang mungkin sukar untuk dipecahkan. Jika dapat dipecahkan mungkin akan mengambil masa 1000 tahun akan datang.

Jadi berikut adalah 4 rekod bola sepak yang sukar dipecahkan di dunia penuh kepalsuan ini.

 

1. Kad Merah Terbanyak Dalam Satu Perlawanan

Insiden ini berlaku di Argentina di antara parukan yang beraksi dalam saingan divisyen lima iaitu Claypole dan Victoria Arenas pada 2011.

Dalam perlawanan tersebut telah berlaku sebuah pergaduhan secara besar-besaran yang turut melibat pengurus, jurulatih, pemain dan penyokong kedua-dua pasukan.

Hal ini telah mendorong pengadil perlawanan iaitu Damian Rubino melayangkan 36 kad merah kepada semua yang terlibat.

Mungkin perlawanan ini seharusnya dihentikan dan dibatalkan daripada memberikan begitu banyak kad merah.

 

2. Kehadiran Tertinggi Dalam Stadium

Tahukah anda ketika aksi Piala Dunia 1950, kehadiran tertinggi telah dicatatkan dalam satu-satu perlawanan di stadium.

Perlawanan antara Braziil dan Uruguay telah mencatatkan kehadiran 199,854 dalam stadium di Maracana.

Sehingga ke hari ini, rekod itu sukar dipecahkan kerana kebanyakan stadium terbesar di dunia hari ini hanya membenarkan 90,000 penonton sahaja untuk masuk.

Mungkin juga suatu ketika dahulu, penonton diberikan kebebasan untuk berdiri di stadium. Jadi tak pelik jika kehadiran penonton sangat ramai.

 

3. Jaringan Terpantas Oleh Pemain Gantian

Rekod ini telah dibuat oleh legenda Arsenal iaitu Nicklas Bendtner ataupun lebih dikenali sebagai Lord Bendtner ketika menentang Tottenham Hotspur pada tahun 2007.

Lord Bendtner telah masuk sebagai pemain gentian lantas menanduk masuk hantaran Cesc Fabregas dan terus diiktiraf legenda terhebat Arsenal.

Dalam Guinnes Book of Record, jaringan itu telah mencatat rekod 1.8 saat selepas Lord Bendtner masuk lalu menjaringkan gol.

 

4. Rekod Tanpa Kalah Terpanjang

Mungkin ramai yang beranggapan Arsenal memegang takhta sebagai pasukan paling lama tidak kalah. Di Liga Malaysia pula kita ada JDT yang pernah menjadi pasukan tidak terkalahkan.

Walau bagaimanapun, tanggapan anda semua adalah salah kerana terdapat pasukan yang mencatatkan rekod 104 perlawanan tanpa kalah pada 1980-an.

Pasukan itu adalah Steaua Bucharest yang tidak pernah merasai sebarang kekalah sehingga lima musim berturut-turut.

#iSportsAsia

Comments