Kuching FA merupakan antara kelab terawal berasaskan komuniti dan daerah yang menyertai Liga Malaysia.

Tidak banyak maklumat yang diperolehi mengenai pasukan ini tetapi apa yang pasti ianya terus menghidupkan talian hayat Sarawak di Liga Malaysia.

Advertisement

Berikut adalah 5 perkara menarik tentang pasukan Kuching FA yang mungkin anda belum tahu.

1. Bermula Daripada Bawah

Kuching FA merupakan sebuah pasukan yang berasaskan kelab Kuching Axis dan akademi bola sepak berpangkalan di ibu negeri Sarawak.

Pasukan ini telah menyertai Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) yanhg diperkenalkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi mempromosi bola sepak amatur di semua daerah.

Kuching FA berjaya menjadi juara LBR edisi pertama dengan mengalahkan pasukan Padang Besar lantas terus dipromosi untuk beraksi di Liga FAM 2017.

Ketika musim pertama mereka di Liga FAM, pasukan itu hanya mendapat tempat keempat dalam kumpulan B.

Kuching FA hanya berjaya layak ke Liga Perdana pada musim 2020 dan berjaya menduduki tempat keenam.

Hal itu lantas melayakkan pasukan ini beraksi di Piala Malaysia setelah TFC II dan JDT II tidak dibenarkan menyertai kejohonan itu kerana berstatus feeder club.

 

2. Pasukan Berasaskan Daerah Yang Masih Bertahan

Tahukah anda, Kuching FA merupakan pasukan berasaskan daerah dan komuniti yang masih bertahan serta beraksi secara profesional bersama Kelantan United.

Apa yang uniknya adalah pasukan ini masih lagi mengekalkan nama daerah walaupun terdapat mitos bahawasanya kelab berasaskan daerah susah dapat sokongan.

Pasukan-pasukan lain yang berasaskan daerah seperti Hanelang FC contohnya telah hilang liput ingatan apabila tidak mampu menanggung kos operasi dan membayar gaji pemain.

 

3. Joseph Kalang Tie

Pasukan ini juga diwakili oleh pemain tempatan berprofil tinggi yang pernah beraksi bersama gergasi Liga Super seperti Pahang dan Selangor.

Joseph Kalang Tie juga sudah beraksi bersama pasukan ini semenjak di divisyen tiga. Kehadiran dia cukup memberi impak apabila berjaya membantu pasukan itu beraksi di Liga Perdana 2020 serta layak ke Piala Malaysia.

Pengalaman yang dimiliki oleh Joseph Kalang Tie pastinya ditagih oleh Kuching FA bagi menghadapi pasukan elit Liga Super seperti JDT dan Perak.

 

4. Penswastaan Pasukan

Kuching FA merupakan antara pasukan terawal yang melakukan penswastaan kelab. Pada pertengahan aksi Liga Perdana 2020, pasukan ini telah diswastakan menjadi Kuching City FC setelah diambil alih oleh MNC Group.

Apa yang lebih mengejutkan lagi Kuching FA mendahului pasukan seperti Perak, Selangor, Kedah dan Pahang dalam aspek penswastaan.

Hal ini menunjukkan kelab kecil mampu menuju ke arah profesional walaupun bajet yang kecil asalkan tahu menguruskan dana.

Natijahnya, diharapkan lebih banyak pasukan berasaskan daerah dan komuniti bakal mewarnai Liga Malaysia terutamanya pada tingkat profesional.

Mungkin di masa hadapan kita bakal melihat kehadiran Batang Berjuntai Wanderers, KV Kodiang, Atletico Mersing dan Temerloh United beraksi di Liga Super.

#iSportsAsia

Comments