Manchester United (MU) merupakan kelab paling berjaya di Liga Premier Inggeris apabila berjaya memenangi 13 trofi berbanding Liverpool dengan hanya satu sahaja.

Malahan MU juga berjaya membangunkan pemain-pemain berbakat besar seperti Edwin Van Der Sar, Cristiano Ronaldo dan Jesse Lingard.

Advertisement

Tiada siapa dapat lupa pada ketika MU dilatih oleh Sir Alex Ferguson di mana pasukan itu sangat digeruni.

Selepas pemergian beliau, MU jatuh sedikit demi sedikit. Berikut adalah 4 perkara menarik tentang MU di musim 20/21.

 

1. Pembelian Pemain Tengah Berbakat

Pada musim kali ini, MU berjaya mendapatkan pemain tengah berbakat besar daripada Ajax iaitu Donny Van Der Beek. Pemain tengah Belanda itu telah menandatangani kontrak lima tahun dengan pilihan lanjutan selama setahun.

Buat pengetahuan anda semua, pemain ini memainkan peranan besar dalam Ajax ketika pasukan itu berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Pemain itu juga telah menyumbang 10 gol dalam 37 perlawanan bersama Ajax pada musim lalu. Walau bagaimanapun, pemain ini masih lagi gagal memberikan impak yang signifikan buat MU.

Persoalannya, adakah pemain ini akan terus dalam ketidaktentuan prestasi pada ketika MU bergelut di pertengahan liga?

 

2. Aksi Mantap Di UCL

MU berjaya memperagakan aksi mantap dipentas Eropah apabila dapat mengalahkan pasukan elit UCL iaitu Paris Saint-Germain (PSG) dengan jaringan 2-1.

Ketika itu pemain muda MU iaitu Axel Tuanzebe begitu menyerlah kerana berjaya meletakan rangkaian serangan PSG di dalam poketnya.

Kemaraan MU tidak terhenti di situ sahaja apabila berjaya menewaskan pasukan yang paling dibenci di Jerman iaitu RB Leipziq dengan jaringan besar 5-0.

Hal itu lantas menunjukkan MU sudah bersedia untuk menguasai saingan di EPL lantas menjadi juara setelah lama berada dalam keadaan kemarau.

 

3. Aksi Longlai Di EPL

Kehebatan beraksi di EPL gagal diterjemahkan oleh MU untuk perlawanan di EPL apabila seringkali dilanda kekalahan.

Perlawanan pertama sahaja MU telah dimalukan oleh pasukan kerdil EPL iaitu Crystal Palace dengan keputusan 3-1.

MU juga mencatatkan kekalahan paling menghinakan apabila pasukan itu kalah besar dengan Tottenham Hotspur dengan jaringan 6-1.

Lebih memburukkan lagi seorang pemain MU telah diberikan kad merah lantas bikin pasukan itu jadi syaitan kepatahan tanduknya.

Setakat ini MU hanya berjaya mencatatkan 2 kemenangan dan 1 keputusan seri dalam 6 perlawanan.

 

4. Rangking ke-15

Buat pengetahuan anda semua, MU berjaya menduduki tangga ke-15 dalam saingan EPL musim ini dalam 6 perlawanan terawal.

Berbaki lagi beberapa anak tangga akan menjerumus terus ke lembah penyingkiran. Persoalannya di sini, adakah MU akan terus longlai ataupun akan bangkit dengan penuh gaya?

Kita ambil contoh pada musim lepas. Ketika awal musim, MU juga menghadapi sindrom sama seperti hari ini bahkan disindir oleh penyokong lain dengan dakwaan akan turun liga.

Walau bagaimanapun di akhir saingan, MU berjaya menduduki tempat ketiga lantas menolak Leicester City ke rangking kelima.

Jadi kepada semua penyokong MU, mungkin pasukan kesayangan anda adalah sejenis “late boomer” dan lambat panas.

Apa-apapun tahniah kerana tewas lagi kepada Arsenal dan menduduki tangga ke-15.

 

Comments