4 Perkara Menarik Tentang KL City FC

Esok KL City FC bakal beraksi di final Piala AFC lantas menjadi kelab kedua daripada Malaysia yang mampu menjulang trofi itu.

Disebalik segala kejayaan, pahit & manis KL City di saingan Piala AFC, ada empat perkara yang perlu anda tahu mengenai pasukan hebat tersebut.

Advertisement

1. Zhafri Yahya

Zhafri Yahya merupakan pemain paling lama yang beraksi bersama KL City semenjak tahun 2015. Jadi beliau telah lalui begitu banyak moment turun naik bersama KL City.

Antaranya seperti layak ke Liga Super 2018 sebagai juara Liga Perdana Inggeris 2017. Pernah juga turun ke Liga Perdana Inggeris 2020 sebagai pasukan terakhir Liga Super 2019.

Tapi KL City perlukan masa setahun sahaja untuk kembali ke Liga Super lantas mencipta pelbagai sejarah.

2. Piala Malaysia

Kali terakhir KL City memenangi Piala Malaysia adalah pada tahun 1989 pada ketika pasukan itu dipenuhi pemain-pemain bintang.

KL City perlu menunggu 32 tahun kemudian untuk menjulang Piala Malaysia 2021 setelah mudah mengayam-ayamkan JDT.

3. KL Galacticos

KL City pernah dipenuhi oleh pemain-pemain bintang sehingga sangat digeruni oleh pihak lawan.

Antara pemain bintang yang pernah beraksi bersama KL City adalah seperti Lim Teong Kim dan Fandi Ahmad.

4. Piala AFC

KL City berjaya ulangi rekod JDT untuk layak ke final Piala AFC pada pernyertaan pertama. Ini kerana KL City tidak pernah langsung layak ke kejohanan Asia semenjak bola Malaysia memasuki status profesional.

Kali terakhir KL City layak ke pentas Asia adalah pada tahun 1995 di kejohanan Asian Cup Winner’s Cup. Paling menarik sekali KL City berjaya layak ke peringkat suku akhir sebelum tewas kepada TOT Sport Club.

Apa-apapun semoga KL City dapat berikan yang terbaik dan segalanya dalam final Piala AFC esok hari. Kena ingat juga KL City memiliki pemain ke-12 kerana beraksi di tempat sendiri.

Kelebihan ini boleh menjadi pemangkin untuk KL City menjulang Piala AFC lantas menjadi juara kedua daripada Asean dan Asia Timur.

Comments