4 Perkara Menarik Pengenai Kedah Darul Aman FC

Selain aksi Asian Champions League yang menyaksikan Kawasaki Frontale mengajar pasukan 50 langkah kehadapan cara-cara main bola dengan betul, kita juga dihidangkan dengan aksi Liga Super antara Sabah vs Kedah.

Dalam perlawanan tersebut, Kedah menjadi pasukan pilihan kerana berada di tangga kedua liga dan mampu memintas JDT seketika jika mampu menang lawan Sabah.

Advertisement

Walau bagaimanapun lain pula yang jadi kerana Kedah telah diayam-ayamkan oleh Sabah dengan jaringan 4 berbalas sebijik telur. Paling menyedihkan sekali, Sabah hanya menghantar orang tua untuk mengajar Kedah cara main bola.

Apa-apapun disebalik kekalahan Kedah, terdapat 4 perkara menarik yang perlu anda tahu tentang pasuka itu.

1. Double Trouble

Tiada siapa boleh lupa kehandalan Kedah yang berjaya memenangi tiga kejohanan domestik selama dua musim berturut.

Sehingga ke hari ini rekod itu tidak mampu dipecah dan tetap tersemat sebagai kejayaan paling gemilang buat pasukan bola sepak Kedah.

Kejayaan Kedah dalam mendakap tiga piala domestik berturut-turut bikin kedudukan pasukan itu dalam rangking kelab dunia juga melonjak.

Pada 2008, International Federation Of Football telah meletakkan Kedah berada di kedudukan 157 dalam rangking kelab dunia.

Malahan Kedah juga berjaya mengatasi beberapa kelab Eropah lain seperti Ajax Amsterdam dan West Ham dalam senarai kedudukan.

Musim 2008 juga menyaksikan Kedah berjaya beraksi dalam saingan Piala AFC sehingga ke peringkat suku akhir.

Walau bagaimanapun, pengharaman pemain import oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah bikin langkah Kedah di Piala AFC terencat.

Bayangkan jika Kedah miliki pemain import pada ketika itu, pasti Piala AFC boleh mereka genggam.

2. Piala AFC

Kali terakhir Kedah layak ke Piala AFC adalah pada tahun 2009 yang meyaksikan pasukan itu banyak mampu sampai sehingga ke peringkat 16 terbaik sahaja.

Apa yang paling membanggakan adalah Kedah turun beraksi di Piala AFC menggunakan tenaga anak tempatan sepenuhnya.

Perkara seumpama ini terjadi kerana pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia secara tiba-tiba telah mengharamkan pemain import untuk beraksi di Liga Malaysia. Hal itu sekaligus membuatkan momentum pasukan Kedah terganggu.

Namun tahun ini mereka kembali lagi ke saingan Piala AFC dengan pemain import dan barisan yang mantap. Semoga Kedah mampu memberikan yang terbaik dalam Piala AFC lantas bikin mata MA Malaysia semakin meningkat.

3. Penswastaan Pasukan

Kedah adalah antara pasukan yang diswastakan bagi memastikan ianya memdapat lesen untuk beraksi di peringkat domestik dan Asia.

Walau bagaimanapun timbul beberapa isu disebalik keghairahan penswastaan pasukan tersebut.

Pemilihan nama Darul Aman FC telah menjadi pertikaian penyokong kerana telah membuang nama negeri sebagai imej pasukan.

Rentetan daripada isu itu, pihak pengurusan menyatakan bahawa mereka tidak mahu pasukan disamakan dengan ayam goreng.

Mungkin akronim daripada nama Kedah FC kelihatan sama seperti sebuah francais makanan segera.

Akhirnya, pihak pengurusan telah meletakkan Kedah Darul Aman FC sebagai sama rasmi baru pasukan Kedah lantas memberi sedikit kelegaan kepada penyokong.

4. Kedah vs Brazil

Kedah merupakan satu-satunya pasukan bola sepak di Malaysia yang pernah menentang Brazil.

Perlawanan itu berlangsung pada tahun 2008 ketika Brazil mengadakan beberapa perlawanan persahabatan di Asia Tenggara untuk mengutip dana membantu mangsa taufan nargis di Myanmar.

Dalam perlawanan itu, Kedah dapat memberikan saingan apabila legenda Baddrol Bakhtiar berjaya menjaringkan gol melalui sepakan percuma.

Jelaslah di sini Kedah merupakan kelab yang sangat power biarpun telah diayam-ayamkan oleh Sabah malam semalam.

Comments