Pada keesokan hari, kita bakal menyaksikan Melaka United menentang juara Liga Super tujuh kali berturut-turut iaitu Johor Darul Ta’zim.

Melaka United merupakan sebuah pasukan yang kurang didendangkan berikutan kurang memberi ancaman dalam perebutan takhta liga.

Advertisement

Walau bagaimanapun, pasukan ini seringkali menjadi pengacau kepada pasukan-pasukan besar untuk mengejar juara. Berikut adalah 4 fakta menarik mengenai pasukan bola sepak Melaka United.

 

1. Kenaikan Mendadak

Kredit: My News Hub

Tahukah anda pada tahun 2010, Melaka United telah disingkir ke divisyen tiga bola sepak negara iaitu Liga FAM. Pasukan ini memerlukan masa lima tahun untuk kembali beraksi di Liga Perdana pada tahun 2016.

Walau bagaimanapun, pasukan ini mencipta kejutan apabila berjaya menjadi juara Liga Perdana lantas melayakkan diri ke Liga Super.

Hal ini merupakan satu yang mengejutkan kerana tiada pasukan sebelum ini mampu berbuat sedemikian rupa.

Sayangnya pada ketika itu, jurulatih yang bertanggungjawab membawa pasukan ini sejak dari Liga FAM telah dipecat. Senarai pemain juga dipinda bagi memberi saingan kepada pasukan elit Liga Super.

 

2. Persinggahan Pemain Bintang

Kredit: Vocket FC

Ada suatu ketika, skuad Melaka United dilimpahi dengan ramai pemain bintang yang sudah berada dihujung karier.

Pasukan ini menandatangani mereka kerana ingin menjadi pencabar Liga Super. Namun kehadiran mereka kurang memberikan kesan malah terdapat beberapa pergeseran telah berlaku.

Antara pemain bintang yang pernah dan sedang beraksi bersama pasukan ini adalah Shukor Adan, Razman Roslan, Gopi Rizqi, Liridon Krasniqi serta Safiq Rahim.

 

3. Ultras Taming Sari

Pasukan Melaka United juga memiliki ultras mereka tersendiri iaitu Ultras Taming Sari (UTS) dan dianggap sebagai sekutu Ultras Malaya.

Buat pengetahuan anda semua, capo Ultras Malaya iaitu Lekir berasal daripada negeri Melaka dan UTS. Ultras ini ditubuhkan secara rasmi pada 11.1.2011 di Stadium Hang Tuah (Stadium Kubu).

Misi utama UTS adalah bagi mengembalikan kemeriahan bola sepak Melaka yang sebelum ini semakin merundum semenjak jatuh ke Liga FAM.

Walaupun ultras tersebut tidaklah semegah Boys of Straits dan Elephant Army tetapi ianya cukup untuk memberi semangat kepada Melaka United beraksi lebih baik.

 

4. Nurshamil Abdul Ghani

Kepada mereka yang kurang mengikut ramai perkembangan pasukan Melaka United, pasti tidak mengenali pemain bernama Nurshamil Abdul Ghani.

Beliau merupakan penyerang utama Melaka United pada ketika pasukan tersebut beraksi di Liga FAM. Bukan itu sahaja, beliau menjaya mendapatkan kasut emas Liga FAM dengan jumlah 15 jaringan lantas membantu pasukan menjadi juara.

Memasuki Liga Perdana 2016, nama beliau terus dipinggirkan oleh jurulatih berikutan kehadiran beberapa pemain import di posisi serangan.

Apabila Melaka United berjaya melayakkan diri ke Liga Super, Nurshamil Abdul Ghani terus dipinjamkan ke Selangor tetapi gagal memberi impak yang signifikan.

Pada hari ini, beliau beraksi untuk skuad Penang yang baru sahaja memenangi Liga Perdana 2020 tetapi jarang diturunkan.

Comments