Apabila bercakap tentang pemain terbaik Asia Tenggara pasti nama tiga pemain ini akan singgah di telinga iaitu Mokhtar Dahari, Piyapong Pue-On dan Fandi Ahmad.

Mokhtar Dahari tidak perlu diperkenalkan lagi kerana baru-baru ini beliau telah disenarai sebagai top 3 penjaring sepanjang zaman dunia dengan 85 gol.

Advertisement

Piyapong Pue-On pula pernah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dan kesebelasan terbaik K-League 1985 ketika beraksi bersama pasukan Lucky-Goldstar Hwangso (FC Seoul).

Fandi Ahmad adalah antara pemain dari Asia Tenggara yang berjaya menembusi Eropah.

Beliau beraksi bersama pasukan Gronigen dan berjaya menjaringkan gol menentang gergasi Itali iaitu Inter Milan. Berikut adalah 4 pemain terbaik Asia Tenggara Era Moden.

 

1. Teerasil Dangda

Kredit: Bangkok Post

Teerasil Dangda mula menyinar ketika beraksi bersama dengan pasukan Rajpacha dan askinya berjaya memikat gergasi Thailand iaitu Muangthong United.

Teerasil mengejut bola sepak Asia Tenggara apabila dia bersama-sama Suree Sukha dan Kiatprawut Saiwaeo telah ditandatangani oleh kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Manchester City pada 2007.

Ekoran daripada masalah permit, dia telah dipinjamkan ke kelab Grasshoper bagi mendapatkan minit perlawanan.

Setelah itu, dia kembali semula bersama Muangthong United dan menjadi lagenda. Hal ini telah menarik minat pasukan daripada Sepanyol iaitu U.D Almeria untuk mendapatkan dia.

Teerasil hanya beraksi semusim sahaja bersama Almeria dan kembali semula ke pangkuan Muangthong United.

Teerasil sekali lagi berjaya beraksi ke liga luar apabila dipinjam ke kelab Sanfrecce Hiroshima pada 2017 dan kekal di sana hingga 2020 bersama dengan Shimizu S-Pulse.

Bagi peringkat antarabangsa pula, dia merupakan penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF untuk tahun 2008, 2012 dan 2016.

Dia juga berada di tempat kedua dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala AFF Suzuki.

 

2. Cristian Gonzales

Cristian Gonzales merupakan pemain kelahiran Uruguay yang beraksi untuk skuad kebangsaan Indonesia.

Dia juga sangat dikenali sebagai seorang penyerang yang sangat ikonik buat bola sepak Indonesia.

Hal ini demikian kerana selepas sahaja beliau bersara, Indonesia kekurangan penyerang ikonik walaupun dengan kehadiran Ilija Spasojevic dan Beto Goncalves.

Gonzales bermula sebagai seorang pemain bola sepak di negara Amerika Selatan sebelum melebarkan sayapnya ke Asia Tenggara untuk beraksi bersama PSM Makassar.

Ekoran aksinya yang mantap, Indonesia telah mengambil tindakan untuk menaturalisasikan dia bagi membantu aspek serangan pada 2010.

Gonzales tidak perlu menunggu lama apabila pada tahun yang sama juga dia berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan pertamanya menentang Timor Leste.

 

3. Noh Alam Shah

Noh Alam Shah mula bermain bola sepak secara profesional pada 1997 dengan menyertai pasukan Sembawang Rangers dan berjaya merekodkan 3 gol dalam 14 perlawanan.

Selepas itu dia kerap bertukar kelab di Singapura sehingga berjaya beraksi bersama PDRM pada tahun 2007.

Dia kembali semula ke Singapura sebelum beraksi bersama Arema dan PSS Sleman di Indonesia.

Noh Alam Shah merupakan salah seorang penyerang terbaik di Asia Tenggara terutamanya apabila beraksi di Piala AFF Suzuki.

Dia telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2007 dengan 11 gol dan berjaya menjaringkan 7 gol ketika menentang Laos di peringkat kumpulan.

Hari ini, Noh Alam Shah memegang takhta penyerang dengan gol terbanyak sepanjang zaman Piala AFF Suzuki tanpa dapat dicabar.

 

4. Safiq Rahim

Safiq Rahim merupakan seorang pemain tengan ikonik dan pemain terbaik era moden buat bola sepak Malaysia.

Safiq Rahim bermula dengan Selangor 2007 dan berpindah ke KL Plus bagi mendapatkan minit permainan. Dia kembali semula ke Selangor dan diberikan lilitan kapten.

Dia tidak menunggu lama apabila berjaya menjadi pakar sepakan percuma dan berjaya menghadiahkan dua trofi Liga Super kepada pasukan lagenda itu.

Pada tahun 2013, dia berpindah ke Johor Darul Ta’zim (JDT) lantas prestasinya telah jatuh secara mendadak.

Memasuki 2014, Safiq Rahim menunjukkan peningkatan dalam permainan apabila diberi peluang untuk beraksi bersama Pablo Aimar.

Kemuncaknya, dia telah dinobatkan sebagai pemain paling bernilai Piala AFC 2015.

Antara pencapainnya terbaiknya bersama JDT adalah memenangi 5 kali berturut Trofi Liga Super, 3 kali Piala Sumbangsih, sekali Piala Malaysia dan Piala FA.

Hari ini, Safiq Rahim beraksi bersama pasukan Melaka United sebagai kapten. Bagi skuad negara pula, beliau adalah pilihan utama untuk mengisi posisi tengah Malaysia.

Walaupun adakalanya posisi itu digangu dengan kehadiran Ismail Faruqi dan Badhri Radzi, namanya tetap pilihan utama.

Pencapaian terbaiknya bersama skuad negara adalah berjaya menjadi penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2014 dan menjadi satu-satunya pemain tengah membuat begitu.

#iSportsAsia

Comments