Baru-baru telah tular video jurulatih Indonesia iaitu Shin Tae-yong yang mengarahkan anak buahnya untuk mengeksploitasi kelemahan Malaysia.
Dalam video itu juga Shin Tae-yong telah menggariskan 4 kelemahan Malaysia yang berjaya dihidu oleh beliau sehingga mampu membantu Indonesia menang besar 4-1.
Apa 4 kelemahan tersebut?
1. Pemain Keletihan
Shin Tae-yong menyatakan bahawasanya pemain Malaysia yang beraksi di Eropah iaitu Dion Cools tidak cergas sepenuhnya dan hanya mampu bermain untuk 30 minit sahaja.
Hal ini demikian kerana Dion Cools baru sahaja sampai ke Singapura dan terus diletakkan dalam kesebelasan utama tanpa rehat secukupnya.
2. Pemain Perlahan
Pemain tengah Kedah dan pemain pertahanan Chonburi itu menurut Shin Tae-yong tidak memiliki kelajuan untuk menangani kepantasan pemain Indonesia.
Jadi Shin Tae-yong telah mengarahkan para pemain Indonesia untuk gunakan kelebihan gelecekan dan kepantasan untuk atasi dua pemain tersebut.
Strategi itu berjaya apabila Baddrol Bakthiar gagal mengawal bahagian tengah Malaysia dengan baik dan barisan hadapan Indonesia bebas menari-nari kemana sahaja.
Junior Edstal meskipun beraksi dengan baik pada minit awal perlawanan masih lagi tidak mampu membantu barisan pertahanan daripada dibocori.
3. Pertahanan Kiri Lubuk
Sejak perlawanan kelayakan Piala Dunia 2024 yang lepas, Tan Cheng Hoe gemar meletakkan Syahmi Safari yang merupakan pemain pertahanan kanan berkaki kanan di posisi pertahanan kiri.
Dalam kejohanan Piala AFF Suzuki kali ini juga Tan Cheng Hoe masih meletakkan Syahmi Safari sebagai pemain pertahanan kiri walaupun memiliki Arif Fadzilah dan Ariff Farhan.
Shin Tae-yong menyedari kedangkalan tersebut lantas mengarahkan barisan hadapan Indonesia untuk menyerang di bahagian kiri Malaysia.
Serangan itu berjaya apabila Indonesia telah mencetak 2 jaringan yang berpunca melalui hantaran lolos daripada bahagian kiri Malaysia.
4. Ruang Kosong Di Belakang
Jika tiada pilihan untuk menyerang, Shin Tae-yon mengarahkan anak buahnya untuk mengeksploitasi ruang kosong di belakang pertahanan Malaysia.
Hal ini demikian kerana pemain yang tinggi seperti Junior Edstal dan Dion Cools pastikan akan membantu barisan serangan jika terdapat set piece.
Jadi barisan hadapan Indonesia akan melakukan serangan pantas untuk mendapatkan jaringan. Situasi itu sudah beberapa kali terjadi tetapi berjaya ditangani dengan baik oleh Rizal Ghazali.
—
Kesimpulannya, Tan Cheng Hoe perlu jadikan tragedi Piala AFF Suzuki 2020 sebagai pedoman di masa hadapan supaya tidak dibelasah lagi.
Memandangkan tidak lama lagi Malaysia bakal menghadapi kelayakan Piala Asia, Tan Cheng Hoe mesti lakukan persediaan secukupnya dengan memanggil pemain-pemain yang layak.
FAM dan MFL jangan pula buat lawak dengan mengutamakan saingan domestik berbanding persiapan skuad kebangsaan.