4 Jurulatih Yang Sesuai Menggantikan Tan Cheng Hoe

Perletakan jawatan sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya oleh Tan Cheng Hoe benar-benar mengejutkan ramai pihak. Malah ada menyatakan bahawasanya terdapat konspirasi iluminati dalam pemilihan pemain pada saingan Piala AFF Suzuki 2020 sehingga Malaysia kelihatan beraksi bagaikan pokok.

Namun, nasi sudah menjadi bubur dan kita perlu menerima perletakan jawatan tersebut. Persoalannya siapakah yang benar-benar layak untuk menggantikan Tan Cheng Hoe, adakah Ole Gunnar Solskjaer?

Advertisement
  1. Benjamin Mora

Benjamin Mora merupakan antara jurulatih terbaik dalam saingan Liga Super Malaysia. Buktinya Benjamin Mora berjaya memberikan tiga trofi Liga Super, 2 Piala Sumbangsih dan sebuah Piala Malaysia.

Dijangka kehadiran Benjamin Mora akan meneruskan asas free flowing football yang telah diterapkan oleh Tan Cheng Hoe. Hal ini demikian kerana Benjamin Mora amat gemar menerapkan taktikal possession football melalui formasi 4-3-3.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan kita bakal melihat jantung JDT iaitu Naxto Insa dan Afiq Fazail bakal mengetahui barisan tengah negara. Jadi masalah yang sebelum ini membelenggu skuad negara sejak era K.Rajagobal boleh dianggap selesai.

Masalahnya, Benjamin Mora memiliki tabiat sukar membuat rotasi dan pertukaran pemain. Jika ini dapat diubah, beliau boleh dianggap calon yang ideal.

  1. Nafuzi Zain

Walaupun baru pertama kali beraksi sebagai ketua jurulatih dalam pasukan utama Terengganu, Nafuzi Zain telah menunjukkan taring yang sangat berbisa. Berbekal nafuziball melalui corak permainan positional play, Nafuzi Zain telah membawa Terengganu hampir selevel dengan JDT. Malah corak permainan itu telah memperkotak-katikkan JDT di rumah sendiri.

Secara asasnya nafuziball berfungsi dengan memposisikan pemain dalam kedudukan terbaik di dalam padang bagi mendapatkan superiority. Aspek paling penting dalam nafuziball adalah pertukaran posisi di dalam permainan.

Bermakna pemain seperti Faiz Nasir dan Dechi Marcel akan bertukar-tukar posisi bagi mendapatkan peluang terbaik menjaringkan gol.

Namun, taktikal ini memerlukan para pemain melakukan high pressing. Seperti Terengganu, mereka seringkali menghadapi masalah ini sehingga mengganggu usaha untuk mencabar trofi Liga Super.

Melihat kepada skuad Malaysia di Piala AFF Suzuki 2020, amat mustahil untuk melihat mereka melakukan high pressing.

  1. Brad Maloney

Brad Maloney yang merupakan ketua jurulatih kepada skuad Malaysia B-23 tidak perlu lagi dipersoalkan kelayakannya. Dengan kejayaan membawa Malaysia B-23 yang agak kurang lengkap kerana tidak diisi oleh beberapa pemain muda Liga Super, Brad Maloney membuktikan segalanya.

Beliau meneruskan formasi yang pernah digunakan oleh Ong Kim Swee iaitu 352 sebagai asas skuad muda negara. Formasi ini akan memberi nilai tambah kepada skuad negara apabila menyerang. Manakala ketika bertahan, formasi itu akan membentuk lima orang pertahanan.

Adakah kita perlu ikut seperti Vietnam dan Indonesia dimana jurulatih skuad muda serta senior adalah orang yang sama?

  1. Pablo Dollah Salleh

Boleh dikatakan Pablo Dollah Salleh adalah calon yang sesuai dengan corak permainan Malaysia di Piala AFF Suzuki 2020. Mungkin ada yang akan gelak tapi adalah perlu ingat dengan long ball inilah kita berjaya mengayam-ayamkan Vietnam dan masuk ke final pada tahun 2014.

Dari segi pencapaian pula, Pablo Dollah Salleh lebih hebat berbanding 3 jurulatih yang disebutkan di atas. Tiga Piala Malaysia, tiga trofi Liga Perdana Inggeris, dua Piala FA dan sebuah Piala Sumbangsih sudah cukup mengambarkan betapa hebatnya beliau.

Comments