Kejayaan filem Ola Bola mengutip RM16.67 juta menunjukkan filem bertemakan sukan masih lagi menjadi pilihan penonton. Walau bagaimanapun terdapat beberapa faktor bikin filem ini berjaya.
Antaranya adalah filem diadaptasi daripada peristiwa sebenarnya melibatkan skuad bola sepak negara ketika mahu layak Sukan Olimpik Moscow.
Filem ini juga mempamerkan menyatuan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.
Namun begitu, bukan Ola Bola sahaja filem bertemakan sukan yang wujud di Malaysia. Ada beberapa lagi filem bertemakan sukan merangkumi sukan-sukan lain.
1. Lee Chong Wei The Movie
Lee Chong Wei The Movie merupakan sebuah filem arahan Teng Bee yang berkisar tentang kehidupan Lee Chong Wei (juga menjadi menjadi cameo) daripada kecil sehinggalah mampu menjadi jaguh badminton dunia.
Filem ini dibikin berdasarkan autobiografi Lee Chong Wei yang bertajuk Dare to Be a Champion.
Apa yang menariknya dalam filem ini adalah watak Misbun Sidek telah dilakonkan oleh Rosyam Nor. Filem ini dirilis pada 15 Mac 2018 dan berjaya mengutip sasaran pecah panggung sebanyak RM6 juta.
2. Libas
Libas merupakan sebuah filem bertemakan sukan sepak takraw arahan Juret Latiff Rosli. Filem ini menampilkan Rosyam Nor sebagai watak utama dengan memegang peranan sebagai Adnan Saladin.
Filem ini menceritakan tentang Adnan Saladin yang ingin mengumpul beberapa anak muda untuk beraksi dalam kejohanan sepak takraw.
Kejohanan ini menjadi semakin panas apabila bola warisan yang dikatakan berasal peristiwa Tun Besar menyepak bola itu hingga terkena tanjak Raja Muhammad.
Bola warisan itu dikatakan sebagai bukti sepak takraw berasal daripada Malaysia dan jika Thailand berjaya memenanginya, hilanglah satu-satunya bukti asal-usul sepak takraw.
Filem ini telah dirilis pada 29 September 2011 dan mendapat kutipan sebanyak RM0.93 juta.
3. Gila Bola
Gila Bola merupakan sebuah filem bertema sukan futsal arahan Zulkiflee Md.Said. Filem ini menampilkan Fazley Yaakub dan Saiful Apek sebagai watak utama.
Filem ini bercerita mengenai sebuah pasukan kecil futsal iaitu Luncai FC untuk menjadi juara kejohanan.
Namun terdapat beberapa halangan untuk pasukan ini maju lebih kehadapan apabila watak utama lari daripada pasukan.
Apa yang menariknya, filem ini muncul pada ketika sukan dan gelanggang futsal masih belum popular di Malaysia.
Malahan mahu lihat gelanggang futsal pada ketika itu pun begitu sukar. Filem ini telah di rilis pada tarikh 25 Disember 2003 dengan kutipan tidak diketahui.
4. Baginda
Baginda merupakan sebuah filem bertemakan sukan bola tampar yang diarahkan oleh Aziz M.Osman yang menampilkan Azean Irdawaty sebagai pelakon utama.
Filem ini berkisar tentang penubuhan pasukan bola tampar Sekolah Mahmood Baginda bagi melawan hegemoni Sekolah Datuk Panglima.
Apa yang menariknya filem ini juga mengetengahkan isu rasuah pada masa yang sama sedang membelenggu bola sepak negara.
Watak Syarif yang ada asalnya mengambil rasuah tersebut di atas alasan ketidakmampuannya membayar yuran SPM telah memulangkan kembali wang itu.
Dia kembali ke pasukan Sekolah Mahmood Baginda lantas memenangi kejohanan tersebut. Filem ini telah dirilis pada tahun 1997 dengan kutipan yang tidak diketahui.