Badminton adalah sukan yang sangat popular di Malaysia dan mampu melahirkan atlet berprestasi tinggi.

Rasanya kesemua Rakyat Malaysia pasti mengenali Misbun Sidek iaitu figura yang sangat legenda dalam sukan badminton negara.

Advertisement

Beliau adalah orang yang bertanggungjawab mengagaskan servis sidek sehinggalah ianya diharamkan oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF).

Malaysia juga berjaya melahirkan jaguh badminton era moden seperti Lee Chong Wei yang berjaya memenangi pingat perak Olimpik untuk tiga kali berturut-turut.

Namun kehadiran beliau dalam sukan badminton agak sedikit tergugat kerana seringkali dibayangi oleh Lin Dan.

Jadi mesti ada nak tahu fakta mengenai sukan badmintonkan? Berikut adalah 4 fakta menarik mengenai sukan badminton.

 

1. Penguasaan Orang Asia Dalam Badminton

Sejak sukan dipertandingkan di Olimpik pada tahun 1992, atlet berasal daripada benua Asia telah memenangi 93 pingat daripada 103 pingat olimpik.

Buat pengetahuan anda semua, China dan Indonesia merupakan negara yang paling berjaya dalam sukan badminton. Kedua-dua negara tersebut telah memenangi hampir 70 peratus acara badminton kelolaan BWF.

Dalam edisi Piala Thomas pula menyaksikan pasukan daripada Asia mendominasi sebagai juara kejohanan tersebut.

Walau bagaimanapun pada edisi 2016, Denmark membuat kejutan dengan mengalahkan Indonesia dipentas akhir lantas menjadi juara dari Eropah yang pertama mendakap trofi ini.

Bagi Piala Uber, skuad badminton wanita Amerika Syarikat berjaya memenangi kejohanan tersebut pada tahun 1960 dan 1963.

Selepas itu, Piala Uber terus didominasi oleh China, Indonesia, Jepun dan baru-baru ini telah dimenangi oleh Korea.

 

2. Sukan Kedua Paling Popular Di Dunia

Tahukah anda, badminton merupakan sukan kedua paling popular selepas bola sepak.

Hal ini dapat dibuktikan apabila ketika badminton pertama kali dipertandingkan di Olimpik, sukan itu telah berjaya menarik penonton seramai 1.1 bilion melalui kaca televisyen.

 

3. India Mengasaskan Badminton

Permainan seumpama badminton sebenarnya telah wujud di India 1500 sebelum masihi yang dipanggil sebagai Poona.

Pada mulanya Poona dimainkan dengan tangan dan kemudiannya menjadikan tapak tangan sebagai raket.

Akhirnya, kaki digunakan untuk permainan ini sehingga menyukarkan wanita dan dipisahkan menjadi dua secara jantina.

Pegawai British di India telah membawa pulang permainan Poona ini ke England untuk disebarkan. Walau bagaimanapun, golongan elitis Inggeris beranggapan sukan ini adalah sangat primitif.

Jadi poona hanya dimainkan di kawasan-kawasan kampung kecil dengan jumlah yang terhad.

Ketika hujan, mereka telah bertindak memainkan poona di antara ruang yang wujud di meja makan. Bermula sejak itu sukan badminton terus wujud dan berevolusi seperti apa yang kita lihat pada hari ini.

 

4. Servis Sidek

Servis Sidek adalah sebuah teknik dalam sukan badminton yang telah dicipta oleh legenda negara iaitu Misbun Sidek.

Melalui teknik ini juga Malaysia berjaya memenangi beberapa kejohanan malah terdapat beberapa pemain China dan Indonesia berjaya menguasainya.

Hal ini lantas memberi rasa tidak puas hati Denmark dan England yang bercadang mahu meminda undang-undang untuk mengharamkan servis sidek.

Akhirnya kata sepakat telah dicapai dengan servis sidek telah diharamkan untuk selamanya apabila hampir kesemua negara menyokong pengharaman tersebut.

Maka dengan itu tamatlah sudah rasuyanfikir Misbun Sidek yang sangat hebat.

#iSportAsia

Oleh: Azmil Azali

Comments