Baru-baru ini kita melihat seorang atlet MMA iaitu Khabib Nurmagomedov berjaya memenangi UFC Lightweight Champion sebanyak 29 kali berturut tanpa tewas.
Rekod itu dilakukannya sejak April 2018 sehingga ke penghuju karier iaitu Oktober 2020 dengan mengumumkan persaraan.
Walau bagaimanapun, itu jika diukur daripada segi rekod kemenangan sememangnya Khabib adalah juara.
Bagaimana pula, jika diukur daripada segi ketahanan menyerap segala serangan?
Namun tahukah anda terdapat beberapa atlet yang sangat sukar ditumbangkan dalam perlawanan.
Malahan ada yang masih bertahan walaupun diserang bertubi-tubi oleh pihak lawan. Siapakah atlet-atlet tersebut?
Berikut adalah 4 atlet MMA yang sukar ditumbangkan dalam sejarah.
1. Dan Henderson
Dan Henderson merupakan seorang atlet MMA Amerika yang telah bersara dan kali terakhir dia beraksi adalah ketika bertanding sebagai middleweight dalam UFC.
Boleh dikatakan Dan Henderson sangat sukar untuk dikalahkan dalam pentas perlawanan.
Malahan dia juga tidak pernah menjadi KO’d dan TKO’d dalam 37 perlawanan yang disertai olehnya.
Boleh bayangkan betapa kuatnya Dan Henderson dalam saingan MMA.
2. Jeremy Horn
Ketika kejohanan UFC ke-25 pada 2005, Chuck Liddel yang begitu gagah akan menentang Jeremy Horn bagi mempertahankan tali pinggang kejuaran UFC.
Dalam perlawanan tersebut, Liddel yang sangat terkenal dengan teknik serangannya yang hebat telah memukul Horn tanpa henti.
Liddle terus menumbuk tanpa rasa kasihan sehingga perlawanan ditamatkan.
Menariknya, Horn hanya mencatatkan satu TKO sahaja pada rekod 89-21-5 yang sangat tidak masuk dek akal.
Jadi, Horn yang digelarkan sebagai “Gumby” adalah salah satu atlet MMA yang sukar ditumbangkan.
3. Nick Diaz

Nick Diaz digelarkan sebagai “budak jahat” dalam sejarah MMA. Reputasi dan sikapnya agak keras sebenarnya petunjuk kepada aksi yang sukar ditumbangkan.
Diaz pertama kali menyertai UFC adalah pada tahun 2003 ketika baru berumur 20 tahun.
Dia telah mempamerkan aksi terbaiknya sehingga begitu sukar untuk ditumbangkan.
Bersama-sama adiknya iaitu Nate, Diaz telah berlawan dengan ramai atlet MMA yang paling kuat dalam sukan ini.
Hal itu membuatkan Diaz terus maju kehadapan sebagai seorang yang sukar ditumbangkan.
4. Antonio Rodrigo Nogueira

Sebelum Frank Mir menguncinya sehingga mengakibatkan kecedaraan di lengan, Nogueira miliki reputasi sebagai salah seorang atlet terbaik dalam kelas heavyweights.
Ianya berpunca daripada kemampuannya menyerap asakan dan serangan oleh pihak lawan.
Dalam perlawanannya menentang Fedor Emelianenko, kepada Nogueira telah terhentak dari kanvas kerana tumbukan yang begitu kuat. Walau bagaimanapun, dia masih lagi mampu bertahan.
Ketika pertarungan menentang Mirko Cro Cop and Bob Sapp, Nogueira telah bangkit untuk mengalagkan serta menewaskan lawannya.
Boleh dikatakan Nogueira adalah kanak-kanak yang bertubuh saga apabila sangat sukar untuk ditumbangkan.
Sumber
Mahlmann, A. (2012. Mac 6). The 15 Most Indestructible Fighters in MMA History. Bleacher Report. Dipetik daripada https://bleacherreport.com/…/1076234-the-15-most…