3 Stadium Paling Seram Di Malaysia

Pernahkah anda terfikir kaitan antara sukan dan juga paranormal? Dua entiti yang sangat jauh tetapi telah bertemu di satu titik.

Terdapat banyak kisah mistik terdapat di dalam industri sukan. Tetapi kurangnya pendedahan menyebabkan mistik ini terus menjadi misteri.

Advertisement

Kebanyakkan kisah mistik dalam industri ini melibatkan pusat sukan yang telah berusia lebih puluhan tahun. Berikut adalah 3 stadium paling seram di Malaysia

1. Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

Stadium Merdeka telah melalui proses pecah tanah pada tahun 1956 sebelum dibuka pada tahun 1957. Stadium ini dibina betul betul di kawasan tengah bandar Kuala Lumpur.

Saksi kepada sambutan kemerdekaan kali pertama negara kita menyimpan rahsianya tersendiri. Mungkin kerana tapak pembinaan Stadium Merdeka yang terletak betul betul bersebelahan dengan Victoria Insitution menjadi punca segalanya berlaku.

Misteri yang sering meniti di kalangan penduduk di situ adalah sering kelihatan askar jepun berkawad di perkarangan stadium tersebut. Bunyi hentakan but kawad paling jelas kedengaran apabila tengah malam menjelma.

Selain itu, jelmaan yang menyerupai pengawal keselamatan juga sering kelihatan melakukan rondaan pada waktu sekitar 1 pagi sehingga jam 4 pagi. Kebanyakkan yang tersempak dengan jelmaan tersebut pastinya ditegur dengan panggilan “hoi”.

2. Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang

Jika pasukan bola sepak lain mempunyai misteri tentang masalah pembayaran gaji, lain pula kisah untuk stadium yang menjadi gelanggang rasmi pasukan bola sepak Pulau Pinang.

Selain menjadi saksi terhasilnya gol yang memenangi anugerah puskas, stadium ini mempunyai kisah seram tersendiri. Momok panggilan yang diberikan kepada entiti ini.

Entiti ini dikatakan bermain gendang lama yang tersimpan rapi di belakang bilik VVIP. Kejadian seram itu dikatakan berlaku ketika unit penilaian sedang melakukan semakan.

3. Stadium Hang Jebat, Melaka

Selain mempunyai nama stadium yang ikonik, Stadium Hang jebat ini mempunyai identiti yang boleh dibanggakan.

Stadium yang berkapasiti 40, 000 tempat duduk ini jarang memberikan ketenangan kepada manusia yang berada di sekitarnya terutama bila tengah malam menjelma. Perkara-perkara mistik yang sering kali terjadi di sini ialah pengawal keselamatan terlihat susuk tubuh wanita berbaju putih sedang mengelilingi stadium.

Bola yang tib- tiba bergolek sendiri yang tidak tahu dari mana datang juga sering kali terjadi. Tidak cukup dengan itu, pintu pagar stadium yang kadang terbuka dan tutup sendiri menjadi penyeri Stadium Hang Jebat ini.

#iSportsAsia

Oleh: AmTuah

Comments