Sukan Olimpik merupakan satu temasya sukan yang menjadi target utama setiap manusia begelar atlet.
Namun untuk layak ke kejohanan tersebut bukanlah semudah menyertai-temasya temasya sukan yang lain. Terbaik di dalam negara bukan tiket untuk terus dapat menyertai temasya olimpik.
Pusingan kelayakan sahaja sudah menemukan negara-negara yang terbaik sesama sendiri. Jadi tidak hairan mengapa para atlet berkerja keras semata-mata untuk layak.
Namun terdapat beberapa atlet yang mengambil jalan mudah dengan memasukkan bahan terlarang ke dalam badan untuk meningkatkan prestasi.
Ramai atlet ternama yang berjaya didedahkan kerana telah menggunakan bahan terlarang. Nama nama besar tersebut telah pun merangkul pelbagai kejuaraan dalam arena antarabangsa.
1. Negara Rusia 2012, 2014, 2016
Beberapa edisi sebelum ini mempunyai spekulasi bahawa atlet Rusia berjaya meloloskan diri daripada ditangkap. Menurut The Times, terdapat bukti atlet-atlet Rusia dilindungi dan telah menukar sampel ujian untuk mengelakkan mereka ditangkap..
Pada Summer Olmpic 2016, terdapat lebih 100 atlet Rusia telah ditangkap kerana menggunakan bahan terlarang. Hal ini menyebabkan Brazil telah melarang Rusia dari menyertai Sukan Paralimpik.
2. Tyson Gay, 2012
Pemenang pingat perak temasya olimpik pada tahun 2012 ini terpaksa menanggung perasaan malu kerana telah diarahkan untuk memulangkan pingat tersebut setahun selepas kejohanan kerana Tyson telah gagal tiga ujian doping.
Hal ini menyebabkan nama beliau digugurkan dari skuad trek negara beliau. Mengeruhkan keadaan lagi, kesemua rakan sepasukan Tyson juga diarahkan memulangkan semula pingat kemenangan.
3. Lance Armstrong, 2000

Lance Armstong merupakan ikon dalam sukan perlumbaan basikal. Merangkul kejuaraan juara pada Tour de France telah memahatkan beliau sebagai salah satu lagenda yang berjaya menjadi juara.
Namun pada tahun 2012, beliau telah didapati menggunakan bahan terlarang untuk sekian lamanya. Makin mendukacitakan kesemua gelaran yang dimenangi olehnya telah ditarik balik. Termasuk pingat gangsa pada temasya olimpik tahun 2000
Semoga apa yang terjadi ini dijadikan pengajaran oleh semua atlet terutamanya dari negara kita. Oleh itu kita perlu berpegang kepada pepatat “Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh jua”.
Oleh: AmTuah
Sumber
Uyeno, G. (2016, Ogos 16). 10 biggest doping scandals in Olympics history. Live Science. Dipetik daripada https://www.google.com.my/amp/s/www.livescience.com/amp/55779-biggest-doping-scandals-in-olympics-history.html