E-sukan bukanlah sebuah sukan baharu dalam arena antarabangsa tetapi masih baru di negara kita ianya baru ingin tumbuh. Umum mengetahui bahawa e-sukan adalah revolusi dan inovasi daripada permainan video.
Pada era 90 an dahulu, permainan video mungkin adalah permainan rekreasi atau hanya sekadar hobi bagi remaja.
Namun semua itu berubah apabila memasuki era baharu. Aksi kompetitif dalam permainan video membuatkan industri ini berkembang dengan sangat mendadak.
Tersenarai sebagai antara sukan yang paling berkembang dengan mendadak dan mempunyai hasil pendapatan tinggi, ianya memberikan petanda positif buat semua berkecimpung dalam e-sukan.
Stigma masyarakat tentang pemain e-sukan biasanya adalah remaja yang mempunyai masalah berat badan akan duduk di kerusi sepanjang hari sambil menikmati makanan kurang sihat.
Stigma itu perlu dihapuskan kerana itu sangat berbeza dengan realiti pasukan dan atlet e-sukan profesional yang wujud pada masa sekarang.
Terdapat tiga faktor yang perlu diambil berat oleh atlet jika hendak memberikan persembahan yang terbaik dan konsisten dalam setiap aksi.
Pengambilan nutrien yang seimbang sangat ditekankan untuk atlet e-sukan. Setiap pasukan professional akan menyediakan pakar pemakanan supaya dapat merangka pelan pemakanan terbaik untuk atlet.
Pemakanan atlet akan memberikan kesan dalam kejohanan yang disertai.
Selain itu, aspek ketahanan fizikal juga antara faktor yang perlu dipandang.
Latihan yang agak berat mungkin tidak semua atlet sanggup untuk bertahan.
Hal ini demikian kerana biasanya atlet perlu meluangkan 4-6 jam masa untuk duduk di hadapan konsol atau komputer.
Atlet perlu menjaga kardiovaskular,koordinasi mata-tangan dan juga refleks mereka untuk memastikan mereka mampu bertahan di dalam arena ini.
Latihan yang spesifik sangat diperlukan untuk menajamkan semua aspek ini.
Ketahanan mental juga merupakan faktor penting dalam e-sukan seperti mana sukan-sukan lain.
Kemahiran pemain-pemain dalam peringkat dunia tidak memiliki jarak yang terlampau jauh, maka selalu menjadi faktor kejayaan adalah faktor mental.
Kebiasannya psychologist akan membantu atlet sukan dalam latihan dan juga kejohanan untuk memastikan mental dalam keadaan yang baik.
Hal ini untuk memastikan para atlet dapat memberikan keputusan yang optimum.
Diet, ketahanan fizikal dan juga ketahanan mental merupakan faktor yang perlu sentiasa ditekankan.
Walaupun atlet ini cuma bermain esukan tetapi faktor-faktor yang dianggap remeh ini boleh memberikan impak yang cukup besar.
Oleh: AmTuah