Setiap tahun pasti akan ada berita-berita yang mengejutkan ramai peminat sukan dunia. Berita baik ataupun kurang baik akan menjadi buah mulut peminat sukan.

Apa yang berlaku itu sudah pasti memberi kesan secara langsung kepada peminat peminat sukan. Namun industri sukan itu yang akan merasa impak paling maksima.

Advertisement

Berita persaraan atlet, kontroversi atlet, kejayaan atlet selalu menjadi perhiasan di dada akhbar ataupun tular di sosial media. Tahun 2017 adalah antara tahun yang terdapat banyak berita yang mengejutkan arena sukan dunia.

 

1. Buffon, Bola Sepak Itali

Pada tahun 2017, ketika semua pasukan bola sepak ternama sedang mempersiapkan diri untuk kejohanan piala dunia bola sepak, penjaga gol Itali iaitu Buffon telah mengumumkan persaraan dari penampilan antarabangsa.

Titisan air mata mengiringi dengan persaraan Buffon ditambah lagi dengan kegagalan Itali melayakkan diri ke Piala Dunia setelah berjaya menyertai pertandingan itu selama 60 tahun.

Umum sudah bersedia dengan persaraan beliau tetapi tidak menjangka persitiwa tidak masuk akal ini terjadi sebelum Piala Dunia 2018. Permohonan maaf secara terbuka juga telah dilakukan beliau kerana gagal membawa Itali ke piala dunia.

 

2. Serena Williams, Tennis

Kredit: CNBC

Serena Williams telah mencipta satu record yang sukar ditandingi. Menjuarai kejohanan terbuka sudah menjadi perkara biasa bagi Serena.

Namun melakukannya semasa mengandung 2 minggu bukan perkara yang biasa. Ye anda tidak salah baca kerana Serena Williams menjuarai Terbuka Australia semasa beliau mengandung lapan minggu.

Beliau mungkin bukan atlet pertama yang mengandung dan bersukan dalam tempoh yang sama, tetapi sukar disangkal beliau antara terbaik.

Dedikasi dan semangat beliau ketika itu mengejutkan dunia apabila mendengar berita tersebut.

Serena Williams konsisten pada setiap perlawanan semasa kejohanan sehingga perlawanan akhir, beliau tidak tewas walaupun satu set sehingga menewaskan Venus Williams dengan skor 6-4, 6-4.

 

3. Usain Bolt, Sukan Trek

Usain Bolt bukan nama asing di dalam industri sukan, apa sahaja yang beliau lakukan pasti akan menjadi contoh untuk peminat beliau.

Kejayaan demi kejayaan telah berjaya dicapai oleh Usain. Namun pada tahun 2017, Usain bolt mengumumkan beliau akan bersara selepas tamat kejohanan dunia.

Stadium yang akan menjadi saksi kepada pengumuman itu dipenuhi dengan puluhan ribu peminat sebagai tanda sokongan kepada beliau.

Namun belum sempat pengumuman itu dilakukan, peminat dikejutkan dengan peristiwa Usain Bolt terjatuh ketika sedang dalam lariab 4X100 meter.

Beliau terjatuh disebabkan kekejangan di peha kiri beliau. Pada ketika itu berita tersebut mengiringi persaraan beliau menjadi buah mulut ramai orang.

Bukan sekadar peminat sukan trek, tetapi peminat sukan secara am nya.

#iSportsAsia

Oleh: AmTuah

Comments