Kemarau Piala Thomas berterusan. Kali terakhir Malaysia memenangi Piala Thomas adalah pada tahun 1992. Selepas 3 dekad, kemarau masih berpanjangan.
Semalam Malaysia tewas 2-3 menentang India dalam suku akhir Piala Thomas.
Kemenangan dicatat oleh perseorangan pertama Lee Zii Jia dan bergu kedua Aaron Chia dan Teo Ee Yi.
Zii Jia menewaskan Lakshya Sen 23-21, 21-9 untuk mata pertama negara.
Untuk perlawanan berikutnya, sebenarnya agak pelik bila meletakkan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani sebagai bergu pertama menentang Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.
Peliknya kenapa tau? Walaupun Goh-Izzuddin tahun ni memang cemerlang, tapi rekod pertemuan kedua pasangan sebanyak 9 kali sebelum ni, 8 memihak kepada bergu India tersebut. Semalam, mereka menang lagi 21-19, 21-15.
Pasangan Chia-Teo sebenarnya punyai rekod yang lebih baik sebab memang kesemua 4 perlawanan menentang bergu pertama India itu.
Barisan pemain perseorangan India kesemuanya ada rekod yang baik 2-3 tahun kebelakangan ini, jadi sememangnya laluan perseorangan agak sukar, terutama selepas pasangan India samakan kedudukan.
India tidak pernah menjuarai Piala Thomas tapi sejak tahun 2017 terutamanya, kelibat pemain-pemain dari India semakin banyak kelihatan atas podium kejuaraan dalam kejohanan utama di dunia.
Secara tradisinya, Piala Thomas dimenangi oleh negara Asia sehinggalah Denmark pecah rekod dengan memenanginya pada tahun 2016, menewaskan Indonesia 3-2.
Pada tahun tersebut, Denmark juga ada barisan pemain perseorangan yang sedang di kemuncak prestasi iaitu Viktor Axelsen, Jan O Jorgensen, and Hans-Kristian Vittinghus.
Jadi jangan terkejut kalau India ke peringkat akhir Piala Thomas kali ni, sebab sekian lama sejak 1979 baru mereka mampu hantar pasukan yang agak seimbang dan mampu menggugat.
Sementara itu, Malaysia perlu menunggu lagi untuk kembali menjuarai Piala Thomas. Edisi kali ini ramai pemain muda negara ambil pengalaman, tahun 2024 mungkin peluang yang lebih baik.
KEPUTUSAN PERLAWANAN SEMALAM
Lee Zii Jia mn Lakshya Sen 23-21, 21-9
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani kk Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 21-19, 21-15
Ng Tze Yong kk Kidambi Srikanth 21-11, 21-17
Aaron-Teo Ee Yi mn Krishna Prasad Garaga-Vishnuvardhan Goud Panjala 21-19, 21-17
Leong Jun Hao kk H.S. Prannoy 21-13, 21-8
PASUKAN LAYAK KE SEPARUH AKHIR PIALA THOMAS
India akan berhadapan Denmark dalam perlawanan separuh akhir esok selepas wakil Scandinavia itu menyingkirkan Korea Selatan 3-2.
Sementara itu, juara bertahan, Indonesia yang menewaskan China, 3-0 akan berhadapan Jepun yang mengalahkan Taiwan, 3-2