Sejak akhir-akhir ini, animasi Malaysia semakin mendapat tempat dipersada hiburan tanah air dan juga di hati penonton.

Bermula dengan siri Upin & Ipin, animasi Malaysia terus meningkat naik dengan penghasilan pelbagai jenis lagi animasi daripada studio animasi yang berbeza.

Advertisement

Hal ini terus membuatkan industri animasi semakin meledak setelah dilanda kegeringan beberapa tahun yang lalu.

Persoalannya, wujudkan sebuah animasi bernuansakan sukan di Malaysia?

Hal ini demikian kerana kebanyakan animasi yang wujud hari ini bergenre shonen, pembelajaran dan nostalgia. Nak tahu, ayuh soroti artikel ini.

 

1. Anak-Anak Sidek

anak-anak sidek
Kredit: Sukan

Tahukan anda sebelum Anak-Anak Sidek menjadi animasi sukan, ianya bermula sebagai komik autobiografi yang memaparkan kisah benar perjalanan hidup keluarga Haji Sidek pada 1993.

Memasuki tahun 1995, animasi Anak-Anak Sidek mula diterbitkan sehingga tahun 2003 untuk 3 musim dengan sejumlah 39 episod bagi setiap satu musim.

Secara asasnya, Anak-Anak Sidek bercerita perihal kehidupan sidek bersaudara yang menjalani zaman kanak-kanak di sebuah kampung bernama Kanchong Darat di Banting Selangor dari era 1960-an sehingga 1970-an.

Siri ini juga memaparkan sisi lain anak-anak Sidek sebelum bergelar pemain badminton terhebat negara.

Apa yang menariknya adalah kehidupan peribadi anak-anak Sidek ini belum diketahui oleh masyarakat umum.

Salah satunya adalah watak Bun yang menunjukkan kehidupan pemain badminton lagenda negara iaitu Misbun Sidek semasa kecil.

Bun pada asalnya tidak gemar bermain badminton kerana dia lebih suka melibatkan diri dengan bola sepak.

Namun begitu, dia telah dihalang oleh ayahnya meneruskan minat terhadap bola sepak lantas memaksanya terus bermain badminton.

Hasilnya adalah seperti yang kita lihat hari ini, Misbun Sidek adalah lagenda dan berjaya melahirkan lagenda iaitu Lee Chong Wei.

 

2. Bola Kampung

bola kampung

Bola Kampung merupakan siri televisyen berbentuk animasi terbitan Animasia Studios yang bertemakan bola sepak.

Animasi ini bercerita tentang sekumpulan kanak-kanak yang tinggal di Kampung Gong Lechar, Pohon Bambu sangat meminati bola sepak.

Pada mulanya mereka hanya bermain berlandaskan minat tetapi itu semua berubah apabila jurulatih baru sekolah mereka menubuhkan sebuah pasukan bola sepak untuk bertanding di kejohanan antara sekolah.

Dalam animasi ini juga, Iwan memegang peranan sebagai peranan utama dengan menjadi ketua pasukan bola sepak sekolah.

Walau bagaimanapun, tindakan Iwan itu ditentang oleh bapak walaupun pernah bergelar pemain pasukan bola sepak kebangsaan.

Sokongan yang diberikan oleh rakan karibnya iaitu Azizul dan Sabok bikin Iwan mampu mengharungi segala rintangan sekalipus memberi kesan positif kepada persembahan pasukan bola sepak sekolah.

Buat pengetahuan anda semua, Bola Kampung juga muncul dalam layar perak pada tahun 2013 dalam bentuk animasi 3D.

 

3. Rimba Racer

rimba racer

Rimba Racer merupakan sebuah animasi 3D yang diterbitkan oleh Glue Studios bertemakan sukan permotoran.

Secara asasnya animasi ini mengisahkan tentang sebuah penganjuran Rimba Grand Prix yang membariskan pesaing-pesaing hebat dalam sukan pemotoran dan kenderaan berteknologi tinggi.

Pendatang baru iaitu Tag telah melibatkan diri dalam sukan pemotoran tersebut bagi menjadi pelumba terhebat.

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengan pesaing menggunakan cara kotor untuk memenangi perlumbaan tersebut.

Semuanya terserah kepada Tag dan rakan-rakannya untuk mencabar pemainan kotor pesaingnya demi melindungi pertandingan tersebut daripada pengaturan perlawanan serta rasuah.

Rimba Racer pertama kali ditayangkan di TV3 sebelum mendapat tumpuan antarabangsa apabila berjaya memecah masuk Disney XD pada 2018.

Bukan itu sahaja, animasi ini juga telah ditayangkan di platform Netflix dan memenangi anugerah animasi terbaik di Festival Filem Malaysia 2015.

Apa yang menariknya adalah animasi bernuansakan antropomorfisme pertama di Malaysia yang bermaksud haiwan berciri-cirikan manusia.

#iSportsAsia

Comments