2 Pemain Naturalisasi Paling Power Di Asia Tenggara

Sebelum Malaysia menaturalisasikan pemain luar untuk beraksi dengan skuad kebangsaan, terdapat beberapa negara Asia Tenggara yang berbuat sedemikian rupa terlebih dahulu. Antara negara-negara tersebut adalah Indonesia dan Singapura.

Tak semua pemain naturalisasi yang beraksi dengan kedua-dua negara tersebut mampu memberikan impak memberangsangkan.

Advertisement

Walau bagaimanapun, pemain naturalisasi mereka tidaklah menjadi pokok semata-mata dalam skuad negara. Malah ada yang memberikan persembahan mengkagumkan. Berikut adalah 2 pemain naturalisasi paling power di Asia Tenggara

  1. Cristian Gonzales

Pemain yang beraksi di posisi penyerang dan sayap ini pada awalnya dianggap sebagai pemain masa hadapan Uruguay. Kemampuannya menjaringkan 15 gol dan 25 perlawanan bersama skuad Uruguay B20 memang mengkagumkan.

Namun harapan tinggal harapan apabila Gonzales gagal merebut peluang untuk beraksi dengan skuad utama kelab di Uruguay. Hal itu telah membuatkan hasratnya untuk mewakili Uruguay di peringkat senior semakin pudar lalu tertutup.

Setelah itu Gonzales perpindah ke Indonesia untuk beraksi bersama PSM Makassar pada tahun 2003. Selama 7 tahun beraksi Indonesia bersama pelbagai kelab, Gonzales telah diberikan kerakyatan lantas melayakkannya beraksi bersama Indonesia di peringkat senior.

Gonzales tidak tunggu lama untuk menyerlah apabila berjaya mencipta dua jaringan dalam penampilan pertamanya bersama bersama Indonesia ketika membenam Timor Leste 6-0.

Secara keseluruhan, Cristian Gonzales telah beraksi sebanyak 29 perlawanan dan menjaringkan 12 gol bersama Indonesia. Bermakna Gonzales berjaya menjaringkan 0.4 jaringan bagi setiap perlawanan.

Boleh dikatakan Cristian Gonzales adalah penyerang naturalisasi paling berjaya di Indonesia. Selepas Gonzales, Indonesia pernah menaturalisasikan beberapa penyerang tetapi tidak memberikan impak.

2. Aleksandar Duric

Pemain ini pada asalnya merupakan atlet sukan kanu yang mewakili Bosnia di Sukan Olimpik Barcelona 1992. Selepas tersingkir awal dalam sukan itu, Duric telah berubah angin untuk memasuki sukan bola sepak dengan beraksi bersama Szeged LC di Hungary.

Setahun selepas itu, Duric telah berpindah ke Australia lantas beraksi bersama beberapa kelab di sana sebagai pemain pertahanan kiri dan sayap kiri.

Duric mula beraksi sebagai penyerang utama apabila berpindah ke Tanjong Pagar United dan berjaya menjaringkan 11 gol dalam 16 perlawanan lantas membantu kelab itu menduduki tangga ketiga liga.

Berbekal kecemerlangan itu, Duric kembali ke Australia dengan harapan dapat mewakili Socceroos setalah berjaya mendapatkan kewarganegaraan Australia.

Setelah dua tahun dan tidak dipanggil langsung mewakili Socceroos, Duric kembali ke Singapura lalu terus beraksi bersama beberapa kelab di sana.

Di Singapura, Duric berjaya mendapatkan taraf kerakyatan lantas melayakkan dirinya beraksi bersama Singapura. Tidak perlu tunggu lama, Duric berjaya menjaringkan gol ketika aksi pertama bersama Singapura.

Duric juga menjadi duri dalam daging buat Malaysia apabila tiga jaringannya dalam dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 memusnahkan harapan kita untuk beraksi di piala itu.

Secara keseluruhannya Aleksandar Duric berjaya menjaringkan 24 jaringan dalam 53 perlawanan. Sehingga ke hari ini, tiada pemain naturalisasi Singapura yang mampu memberikan impak sehebat Duric.

Persoalannya sekarang, mampukah De Paula menjadi sehebat Cristian Gonzales dan Aleksandar Duric?

#iSportsAsia

Comments