Peringkat pertama Pahang Ocean Paddle International Challenge (POPIC) berjalan dengan jayanya dengan rekod penyertaan buat julung kalinya adalah 105 peserta dengan tujuh kategori dipertandingkan.

Antara kategori yang di pertandingkan adalah Open International Single Ocean Race SS1 – Men dengan penyertaan sejumlah 33 peserta dari pelbagai negara termasuk New Zealand, Australia, Afrika Selatan, USA, Taiwan, Thailand dan Malaysia sendiri. Pendayung terkenal bagi kategori ini adalah Mackenzie Hynard yang merupakan Juara Dunia dan beberapa pendayung terkenal lain.

Advertisement

Peringkat pertama dimenangi oleh Dawid John Steyn Mocke dengan diikuti oleh Jenkinson Kent dan tempat ketiga dimenangi oleh Mackenzie Hynard dengan jumlah kemenangan sebanyak RM6000. Peserta kategori ini menghabiskan jarak dayungan keseluruhan peringkat 1 dengan 14km dalam keadaan cuaca sangat baik. Masa yang dicatatkan adalah 1 jam 18 minit 99 saat.

Kategori Open International Single Ocean Race SS1 – Women disertai sebanyak 11 peserta dari pelbagai negara dan turut dihadiri oleh Juara Dunia Mckenzie Danielle. Dengan jarak dayungan yang sama, peserta negara, Aimi Ayuni Azwan mencuri tumpuan apabila mendapat tempat ke-3 dengan hanya beza 14 saat dari peserta tempat kedua dari Thailand. Tempat pertama dimenangi oleh Juara Dunia Mckenzie Danielle dengan catatan masa 1 jam 6 minit dan 40 saat. Kategori ini turut membawa pulang jumlah kemenangan sebanyak RM6000 dan tempat pertama terima habuan RM3000 tunai.

National Ocean Race TK1 Sprint Master – Men disertai oleh sebanyak 11 peserta yang dari pelbagai negeri. Saingan podium tempat pertama dan kedua cukup sengit dengan perbezaan 45 saat. Peringkat pertama dimenangi oleh Muhammad Adib Kamaruzaman manakala tempat ke-2 dimenangi oleh Daing Sulaiman Daing Suhaimi. Tempat ketiga kategori ini dimenangi oleh Freddy Anggang. Jumlah kemenangan adalah bagi kategori ini adalah sebanyak RM1600.

Lain- lain kategori turut dimenangi:

National Ocean Race TK2 Laser – Men Double:

1. Ahmad Azfaruddin/Imam Sujadi
2. Muhammad Mustaqim/Muhammad Adhwa Danish
3. Muhammad Azmi/Muhammad Yafiq Amin

National Ocean Race TK2 Laser – Women Double:

1. Nusiabah Syahida/Nor Azita
2. Dg Nur Sakinah/Nur Hanisah
3. Mustika Ayuni/Siti Normah

Intervarsity Sit on Top Double – Men:

  1. Tuan Muhammad Hidzam/Mohd Azman (UNISZA)
  2. Luqman Razlan (UTHM)
  3. Mohamad Izzat/Muhammad Hafizi (UNISZA)

Intervarsity Sit on Top Double – Women:

  1. Aleya Nafisha/Alya Athirah
  2. Nor Natasha/Yusriyah Athirah
  3. Ain Syuhadah/Amira Syafiqah

Comments